Monday, February 14, 2011

My pitiful sister


salam

Sapa pernah tgk cerita korea tajuk ‘my pitiful sister’ yang main dkt KBS tiap hari isnin sampai jumaat dalam pkul 9.15 pg…serius cakap aku pengikut setiap cerita nie dan baru ja habis cerita nie jumaat lepas lepas main dkt tv around 7 months..cerita nie mengunakan latar belakang yang ala-ala masa 1980-an..para pelakon dia pun biasa-biasa aja bukan macam cerita korea selalu yang meletakkan hero-heroin muka cam angel turun dari langit..tapi bagi aku cerita ini antara paling terbaik pernah aku tengok..cerita berfokuskan kepada aspek kekeluargaan tp terselit dgn dendam dan percintaan..mmg terbaik dari ladang korea la hehehe

Aku memang sgt terharu dan touching dgn perjalanan hidup 3 beradik perempuan nie yang kehilangan kedua ibubapa sejak dia org kecik..sangat salute dgn watak song inok sebagai kakak sulung yang banyak berkorban demi kebahagiaan dua org adik perempuan kesayangan dia..sgt suka dgn watak song insu yang keras hati dan berjaya dalam hidup lepas bergelut dgn macam-macam kesusahan..terlebih suka dgn watak song inae yang sejak kecik tak pernah jumpa parents dia tp grow up dgn penuh sopan santun dan cantik..aku tak sure barapa byk kali air mata aku menitis time tgk cerita nie..sumpah memang menitis air mata..cerita ini sangat la tragis..byk gler konflik dan paling aku suka dia tak cliché macam cerita korea yang lain…tak sapa akan sangka ending cerita nie berakhir dengan apa yang terjadi time last episode tue..

p/s: byk betul air mata yg menitik utk cerita nie..

Thursday, February 10, 2011

saya tidak menentang

Salam..

Bila terlalu ramai kawan-kawan yang melangkah ke alam baru iaitu sebagai tunang dan isteri org pd CNY baru-baru nie buat aku terpaku sekejap..terkedu ada jgk..buat kawan-kawan yang dah berkawan lama dengan pasangan dia orang, yang dah berkerja , dah stabil aku ucapkan tahniah..dan aku percaya korunk memamng betul-betul berfikir secara rasional sebelum buat keputusan untuk melangkah kea lam baru..

TETAPI

Buat rakan-rakan yang baru mengenali pasangan dia org, yang masih belum menamatkan pelajaran, yang belum berkerja dan mempunyai wang sendiri..aku ucapkan tahniah jugak tp dalam hati aku terfikir macam mana korunk boleh buat keputusan yg besar berkaitan masa depan dengan begitu yakin dan tanpa ragu..

Bagi aku apa yang org selalu orang kecohkan adalah HENDAK KHAWIN..tetapi bagi diri aku benda paling penting adalah LEPAS BERKHAWIN..hendak khawin dan lepas khawin adalah dua benda yang sangat berbeza..hendak khawin, someone tue akan mencari duit untuk majlis pertunangan dan pernikahan,barangan hantaran dan jamuan yang mana dah menelan beribu-ribu ringgit…TAPI macam mana pulak kehidupan selepas khawin,dah ada rumah sendiri untuk tinggal bersama atau masih menyewa..rumah ada perabot lengkapkah..ada duit cukup ka kalau si isteri mengandung dalam kadar segera..

Aku bukan menentang idea berkhawin muda nie tapi aku sedikit risau..mak dan kakak sulung aku pun berkhawin pada usia muda dan alhamdullilah sampai sekarang masih selamat semuanya..tp arwah ayah aku dah abg ipar aku boleh dikatakan ada kehidupan yang selesa sebelum berkhawin..mungkin setengah org akan anggap aku sgt materialistic tp bagi aku materialistic itu penting..cinta tak boleh bagi kita makan dan bagi anak-anak kita duit untuk kesekolah..

Sekian ~~

Tuesday, February 8, 2011

February...

salam..

february bermula dgn GONG XI FA CHAI
pesta limau mandarin berleluasa dkt umah
until 2 budak kecik dan mak aku selesema..

february jugak saksi kepada
ramai nya kawan sekolah aku
menjadi tunang org..
tahniah la pada semua erk..
semoga cepat-cepat ke jinjang pelamin

february jugak penuh harapan untuk aku...
bukan sebab Valentine day :)
TETAPI
kata putus sama ada aku akan berkerja or sambung study...
kalau sampai 21 nie MARA x bagi sebarang respond...
aku memang akan memikir untuk sambung master secara full time