Wednesday, December 17, 2014

Interactive English :Launching Product


Salam..

dekat kolej ini aku kena ajar 3 subject ever sem
subject favourite adalah Interactive English
kenapa?
sebab yang pertama ialah 100% courseworks hehe
tapi penat nak guide and check assignments ler
untuk subject nie dia lebih kepada communication skills
students kena create bussiness proposal, advertisement, logo, leaflets, invitation cards 
dan final project adalah launching products.
part launching product tak pernah mengecewakan langsung
sangat bombastik
sebiji macam launching product yang kedai-kedai ddk buat...
jom layan pictures untuk sem june-dec 14
layannnnn.........


group nie product depa jual shawl...
nama bisnes shawlysa

ini combination group yang jual cupcakes, brooch dan shawl tadi...
memang terbaik...
siap banner streamer..
siap ada decoration macam-macam bila buat launching...
apa yang penting kerjasama hehehe


guest book during launching product...
macam mana tak bagi A...

group nie bisnes biskut MMM...
memang bawak oven dtg rumah sewa
sebab nak bakar biskut sendiri...

group ini bisnes spa and wellness..
product semua pinjam dari kedai sedara untuk demo ketika launching
thumb up efforts tinggi...

ini bergambar satu kelas...
alhamdullilah apa yang kita galakan adalah indirect learning..
bukan nak paksa budak duduk terpancak dalam kelas
pasang telinga,tutup mulut
apa yang aku nak..
biar macam tak belajar...
hilang dalam alam lain time dalam kls
tapi bila sruh practice balik teori part
tiptop depa bagi...
terbaikkkkkkkkkkkkk.....


6 bulan sudah berlalu...

 Salam...

kesian blog nie
lama betul aku abaikan
6 bulan
tempoh yang sangat panjang
macam-macam berlaku dalam tempoh tue
bukan tak sudi update
tapi kesibukan hidup yang menghalang

update terbaru:
-masih mengajar di kolej yang sama di alor star 
bakal mengajar untuk masuk sem 4,
bermaksud hampir 2 tahun berkerja dkt sini

- tengah buat master in education (ELT),
minggu depan exam untuk sem 2

-masih belum berkhawin atau beranak pinak

- masih menjadi pekerja kelas bawahan yang tertindas dgn kegawatan ekonomi dunia

- jumlah anak saudara dah bertambah
total numbers skg 13org huhuhu

-masih pening lalat halu tuju kehidupan
sama macam 5 tahun yang lepas jugak..

sekian...

Tuesday, June 24, 2014

Pasar Kemboja, Parit Buntar

salam

tajuk entry dan pictures tak selari ya adika-adik

sebab cerita dia bergini
akak dan kawan-kawan akak keluar sesudah subuh 
ke PASAR KEMBOJA TOK MAHAT,PARIT BUNTAR
dari alor star almost 2 hours jgk journey dia tue
sampai parit buntar around 9 am penuh sesak dengan manusia dah
kami pun berlumba berkejaran bertolakan 
memborong segala kain pasang, kain telekung, baju kurung, selendang dan sebagainya hehehe
then around 12 am pasar kemboja nie dah sunyi
banyak peniaga dah start mengemas...
tapi still awal lagi kan

so akak and the geng decide merewang di Penang dlu ler
kitarunk pergi makan nasi kandar dkt tajudddin, pastu lepas batu feringgi
feeling macam foreigner around 6pm baru gerak balik alor star hehehehe



ini dekat masjid terapung..baru tahu penang pun ada masjid terapung ingat terengganu aja hehehe

posing itu mmg skill aku hehehe

ini dekat hutan simpan mana tah...kawan baju biru tue org penang so kamu ikut ja mana dia bawak

perlu untuk beli monopod aku rasa hehehe


ini dkt area air terjun yang ada hutan simpan tue

pictures ini aku suka..hehehe

dari jauh snap picture nie sebab nak bagi nampak da whole bongkah kayu tue

yang tengah gaya dah mcm supermodel aku nengok

ini pose beruang semua tangan dekat tepi hehehe

tadaaaaa

apa yang cuba dilakukan aku pun tak pasti hehehe


SEKIAN

Kursus Budaya Kerja Cemerlang KPTM


salam...
kelas aku entry ini merujuk kepada peristiwa sebulan lepas hehehe
penyakit malas mengupdate aku sangat parah dah
nak tutup blog nie sayang
banyak sangat kenangan

KURSUS BUDAYA KERJA CEMERLANG KPTM
diadakan pada 23 - 25 Mei 2014
di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langgat, Selangor
(hulu langgat nie mmg dua tiga kali aku p untuk kursus ala-ala macam nie hehe)

Aktiviti dia bagi aku ok ler...
macam p kursus ler..
tak dak ler grand macam pergi dinner ( mendalam tak ayat aku)

untuk kursus ini
terbahagi kepada tiga batch dan aku adalah batch terakhir
staff dari KPTM seluruh malaysia mostly yang baru join KPTM dalam tempoh 1 tahun
lebih kurang macam induksi ler kursus ini sebenarnya
ada briefing...ada outdoor..ada makan..ada mengumpat ( standard pergi kursus ler)



ini time dalam dewan...briefing dari KPTM HQ

ini bestfrend satu office dkt KPTM alor star

bab briefing aku mmg banyak kecundang juga ler...hehehe

so far aku ok ja dgn makanan, penginapan dan aktiviti kursus nie...

aksi merapu dah bermula bila otak kekurangan oksigen

poyo itu memang perlu

Overall:
aku sangat enjoy actually sebab time pergi kursus ini...aku baru habiskan minggu kuliah...students tengah final exam...kira sini tempat aku melempiaskan perasan aku selama 14mggu...enjoy bergelak ketawa lupa hal pejabat semua

SEKIAN

Wednesday, March 5, 2014

Sensodyne


Salam..


iklan promosi untuk ubat gigi sensodyne
free iklan dari aku huahahua

actually last year start dlm bulan september
aku asyik kena sakit gigi yang sgt teruk
sakit gigi ditempat yang sama
memang tiap bulan lawat dentist
aku siap dah kenai klinik gigi yang bagus area alor star and jitra
semua dentists memang suspect aku kena buat 'rawatan akar'
kononnya ada gigi aku yang ditampal kena jangkitan kuman
memang menderita aku berbulan-bulan
bila sakit gigi nie mai
mmg otak blockout habis
rasa nak tengking orang aja
duduk office pun tak productive langsung.

tapi penderitaan aku akhirnya berakhir 
setelah aku mula mengunakan ubat gigi sensodyne secara rutin
memang harga mahal skit
tapi sangat bagus sebab sejak aku guna ubat gigi nie
memang masalah gigi sakit nie tak jadi dah
lesap macam tue aja 
ajaib kan
alhamdullilah sgt

Monday, February 24, 2014

GENARATION GAPS


Salam..
Being an educator at tertiary level
Actually banyak kelebihannya jgk
Ada kemanisan dalam kepahitan ler kononnya huauahua
My beloved students here
Selalu buat aku trigger nak mengkaji pasal generation gaps between
Generasi yang lahir tahun 80-an dan yang lahir tahun 90-an
Perbezaan generasi hanya 10thun..
Tetapi perbezaannya terlalu banyak

Genarasi 90-an sgt taksud dgn gadgets..
Sebagai lecturer,
selalu rasa distracted dgn sgla gadgets yg students pakai nie
contoh tgh lecture students tgh main nset..
kalau generasi aku mmg logik kita rampas campak nset atas alasan tidak menumpu perhatian
tapi utk generasi 90-an nie agak berlainan,
kerana students sibuk menggunakan nset utk access dictionary..
ada stgh-stgh tgh access wifi google information yang mereka tidak pasti
dan majoriti mmg tgh update status dkt weechat,twitter and fb ‘bosannya kelas’
tapi larangan pengunaan nset sudah sedikit tidak relevant..

Generasi 90-an lebih berani dari sudut perkara negative
Zaman generasi aku dulu,
kami melihat lecturer sebagai manusia yang sgt perlu dihormati..
perasaan takut bercampur hormat yang keterlaluan selalu buat kami pelajar bila terserempak lect trus mengelak atas alasan takut
jarang bagi pelajar menyoal soal peribadi atau benda tidak penting kepada pensyarah
adap dan tertib ketika berhadapan dgn pensyarah sgt lah tggi
tapi bagi generasi 90-an
mereka melihat lecturer tue umpama kawan..
suka hati depa aja menegur dan dtng bilik lecturer utk bersembang..
berani memberi komen atau bersoal jawab tentang hal peribadi yang kadang-kala boleh dianggap kurang ajar
dalam soal pergaulan mmg sgt berlainan dgn generasi 80-an
pergaulan lelaki dan perempuan sgt terbuka
yang pemalu dianggap pelik
yang muka tak malu dianggap normal

Generasi 90-an lebih terbuka
Bersikap terbuka ada baik dan buruknya
dalam soal pergaulan mmg sgt berlainan dgn generasi 80-an
pergaulan lelaki dan perempuan sgt terbuka bagi generasi 90-an
yang pemalu dianggap pelik, yang muka tak malu dianggap normal
isu-isu taboo seperti sex dianggap perkara remeh
isu kehamilan, datang haid, adalah perkara yang sgt kecil
bagi generasi 80-an
perkara sensitive seperti ini sgt jarang diperbincangkan bersama org luar secara terbuka

p/s: setiap perkara ada baik dan buruknya..yg baik harus diamalkan..yg buruk haruslah dihapuskan pengamalannya..

Hiking at TITI HAYUN, YAN




Project nie dah lama dilaksanakan..
Tapi atas faktor kesibukan ditambah kemalasan
Baru skg update pasai hiking ini…

Program ini under pelajar Kolej Insaniah dekat dgn office aku nie
Yang anjur budak degree usuluddin
Perghhh mmg cuak nak hiking dgn depa
Takut sebab kang aku dan kawan aku ja yg ganjil dlm group tue
Dan mmg dihari kejadian:
kami yg pelik antara semua huahuahua
tapi alhamdullilah adik-adik nie treat us very well
tak rasa segan langsung dan depa sgt caring n proctective
tima kasih ler bersabar dgn akak-akan yg lanjut usia nie hehehe


Hiking di kala usia senja memang cabaran yang amat sgt
Rasa nak surrender tercabut nyawa tgh –tgh hiking..
Siap offer diri nak tggu dkt tgh hutan…
Tak larat nak gerak
Wakakaka buruk tak perangai hehehehe
Bila dah sampai dekat atas..
Macam tak percaya dgn abilities sndr..
Mmg betoi ler everything is all about our mindset
If we are positive everythngs can be fullfill without hesitate
Tapi balik dari hiking tue..


Seminggu jugak ler menderita sakit urat
Lenguh badan semua
Wakakaka lanjut usia kan…

P/s: layan ja la pict aku tgh nak putus nyawa ddk hiking huahuahua

It's been a while


Rasa macam terhutang banyak sgt entry..
Hari-hari ada niat nak update pastu terlupa sebab busy..
Esoknya berniat lagi pastu lupa..
Never ending situation kan?

Recap of my life
Dah masuk sems kedua mengajar di Kolej Poly Tech Mara Alor Star [alhamdullilah]
Tapi cabaran makin besar..
Ditugaskan mengajar kelas-kelas yang memerlukan kesabaran tinggi,
Tapi aku percaya mesti ada hikmah aku kena ajar depa [pujukdirisendiri]
Perasaan dihargai disini buat aku bertahan,
 Perasaan willing utk berkerja lebih masa untk kualiti yg lebih baik sentiasa ada.


Berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar master dkt UUM
Cabaran yg bukan mudah bg aku dan org lain
Komitmen kerja dan belajar
Jadual hidup penuh sgt skg….
Weekday keja, weekend kls
Hopefully dapat habiskan study secepat mungkin
Insyallah