Sunday, December 15, 2013

munira's wedding


salam

baru balik dari terengganu nie...

ada jemputan kenduri khawin dekat marang, terengganu..

nama kawan aku nie munira iskandar
[hebat orgnya nooo  ex-stdnt UIA,  keja dkt UMT dan photographer gak]

mana aku kenal munira nie..

cetanya jeng-jeng

tahun 2011,
 aku ada join program GEMS dkt Genting Highland
aku bestfriend dengan munira dan azira..
detik boleh rapat sebab kami masuk debate,
selalu lepak bincang kongsi ceta kongsi gosip kongsi segala menda
last-last jadi rapat hehehe
azira dgn aku perangai lebih kurang, jenis bising senang ckp gila-gila skit,
tapi munira nie lain..
dia pendiam, pemalu, bijak, ramai peminat kehkehkeh
after gems jumpa sekali dua ja dgn dia, tapi keep in touch dkt fb n nset la
tuptup dis year dia bgtau nak engage and wedding
tak terkezut pun sbb dia nie msti stok ramai peminat huahuahua
anyways congratz semoga jodoh berkekalan hingga ke hujung nyawa

jom layan pictures......


nie time pagi dkt majlis akad nikah dkt masjid pantai kelulut


kenduri munira nie rasa macam artis gak huahuahua
penuh photographer ..
yo lar dia kan photographer and hubby dia pun photographer..
so ramai la kawan-kawan menembak dia turun ngan camera yang dah macam machine guns aku nengok hehe

me and zira.
setelah sekian lama aku tak jumpa dia..
luv u darling

pasangan pengantin dgn both parents

me and zira..
next wedding zira tahun depan..
tak sabar nak mencemar duli hehe

dayang-dayang dgn pengantin nooo hehehe

nie pict dgn perfect couple nie..
husband muni ni pun photgrapher gak..
so aku namakan cinta photographer la nie huahuahua
kira both ada minat yang sama
p/s: kita tunggu wedding zira plak lepas nie nooo hehehe

Monday, December 9, 2013

My sister's wedding


salam

wedding of the year la kononnnya hehehe
actually inilah acara yang di nanti oleh family aku since dapat kata sepakat time feb, 
mmg pagi ptg siang mlm semua dlm family aku ddk tggu big event nie la
wedding sebelum nie time tahun 2009,akak no 3
wedding kali nie byk beza,
ayah aku dah meninggal tahun 2010
so kali nie touching skit la...
semua benda akak aku kena urus sendiri
tabik spring jugak pada kakak-kakak dan abang ipar yang tak berkira dalam membantu
so kita layan la pict yang tak seberapa yang ada nie nooo..
pict tiptop dari cameraman aku rasa berzaman baru dapat hukhuk

Guest Book section nie hasil decoration dan creativity aku huauahuahua

Pelamin ini hasil creativity akak aku yang pengantin tue....
kami rasa macam membazir ja kalau sewa pelamin set bilik tidur bagai..
baik guna creativity sendiri , trus segala bunga jadi hak milik kita,
 dari ddk sewa ptg kenduri dah kalut nak punggah semua

Bilik pengantin pun deco sendiri sahaja....
invest dkt bunga, kelambu and cadar aja...
dari ddk sewa segala menda dari kedai..
btw nie pict akak aku pagi time nak p nikah...


nie pelamin side abg ipar...
depa tak creative semua made from kedai pengantin aja hehe

me and nazim...time kenduri side laki baru sempat nak posing bagai hehe
posing baik punya....
camareman jenis skema...
pict depa semua skema boring k
picture dgn pasangan pengantin...
picture favourite aku...
kalau pengantin cium pipi mesti lagi chumel kan hehe

kami generasi muda dgn pengantin


ok ini ja la pictures aku ada..nnt cameraman bg pictures aku update dari depa plak noo..hasil mesti la aummmmmmmmmmm dari cmra aku hehe 

Wednesday, November 6, 2013

Tahun Melawat Kedah~ Siri Kedua


Salam

sambunga siri kedua Tahun Melawat Kedah yang dilancarkan oleh aku....

Kalau siri pertama lawatan sekitar Alor Star

siri kedua lawatan sekitar Sik dan Gurun

Di Sik lawatan meliputi sekitar ladang Anggur Tasik Beris , Rimba Takwa dan Lata mengkuang 

manakala last venue yang paling aku teruja adalah Gunung Jerai di Gurun, Kedah

buah anggur yang memanggil-manggil

selain anggur, terdapat juga ladang buah strawbery cuma keluasan sgt kecik

siri jelajah aku seperti biasa disertai dua rakyat kelantan ini

buah yang masak ranum

so far buah yang aku beli dkt sini memang manis hehe

destinasi kedua RIMBA TAKWA,SIK...kawasan air terjun yg sangat dekat dengan rumah aku

LATA MENGKUANG,SIK juga merupakan tempat pelancongan hutan lipur....air terjun dekat sini sgt bersih

Gunung Jerai yang terkenal lagi famous

sangat lama mengidam mendaki gunung jerai ini

cuaca sgt cantik..panas tapi sejuk..macam mana tue...hahaha ada matahari tapi berangin

lanskap sangat cantik...sesuai untuk yang nak berbulan madu

deretan bunga di sekitar puncak gunung jerai

dihadapan regency hotel gunung jerai,gurun

di muzium perhutanan di pertengahan gunung jerai...ini kawasan bawah

so guys layan la erk travel blog aku nie [konon-kononnya la kan] aku bajet nak buat video macam mad market tue...tapi sapa nak capture,sapa nak bercakap...last-last entri blog ja aku mampun hehehesekiannnnnn.....

Wednesday, October 30, 2013

Tahun Melawat Kedah~~ siri pertama


salam...

lately semangat menjelajah negeri kelahiran sendiri..

perlu diakui walaupun aku memang claim sebagai anak jati kedah..

pengetahuan pasal negeri sangat kurang sobsobsob..

so sempena sempena semangat tahun melawat kedah [aku yg lancarkan sendiri] wakakaka

aku telah buat melakukan berberapa siri jelajah yang disertai dua rakyat kelatan dalam setiap penerokaan..

kira sambil berenang menyelam air la jugak kehkeh

so mek-mek kelate leh kenal negeri kesayangan aku nie lebih skit huahuahua

siri pertama ini meliputi lawatan ke GUNUNG KERIANG dan MUZIUM PADI, ALOR STAR

GUNUNG KERIANG
Gunung Keriang merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul AmanMalaysia[1]
Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts (Metcalfe, I., 1981a) di barat laut Semenanjung Malaysia.
Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.
Kamal et. al (anggaran Mac'09) mengelaskan sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi[wikipedia]
ini pictures dekat GUNUNG KERIANG...kawasan ini merupakan kawasan rekreasi, ada trek untuk mendaki gunung...pastu ada lanskap macam taman, terkenal sebagai tempat yang menjuai batuan kristal



MUZIUM PADI, ALOR STAR

Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.

Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.[http://www.muziumkedah.gov.my


dkt luar muzium padi

cop beras JATI tue yg mahal ehhh hehehe

dkt tangga mask muzium padi

nampak tak bumbung muzium yang bercorak padi tue..sgt unik k

ini dkt landskap bahagian luar...byk la binatang...ada singa, kerbau dan sewaktu dgnnya... hehe


sekian dulu siri penjelajahan siri satu TAHUN MELAWAT KEDAH..hehehe

Monday, September 23, 2013

TRAVELLING

Salam

Most of people that close with me; known how much I love travelling

Sesungguhnya travelling adalah salah satu cinta sejati aku

Travelling taught me lots of different things

Whether travel outside or within the country

Each of it’s always give lots of experiences that guide me to became better person

Travelling taught me to be ‘outside of my comfort zone’

Being alone in new environment taught me well

In order to survive; I need to be independent

In order to survive; I need to throw away my low self confident

In order to survive; I need to save every single coins

In order to survive; I need to be brave and positive thinking person

Everytime being outside the country; I miss my country so much

I miss my people that polite and caring to other people surrounding them

I miss all the things I hate when I being in the country
heheheheh

However, due to my busy working life and financial problems

I have neglect my true love

Hopefully I’ll able to travel again in future.

first journey oversea: Macau bumi casino yang aman damai permai

dari japan ke london hehe


percutian dalam negara

kenangan terindah ketika berkerja di KL

Moment-moment indah di BALI yang byk mengubah hidup aku 360 darjah

Kenangan di bumi China yang tidak ternilai harganya

Sunday, September 22, 2013

Tempat Kerja Baru

Salam.

Sebenarnya dah tiga bulan aku berkerja ditempat kerja baru,
1 july 2013 aku lapor diri di tempat baru ini,

Kenapa aku bertukar kerja?

Terlalu banyak cerita duka dari suka ditempat lama
Dan cara pengakhiran aku dekat sana bagi aku ‘satu perhinaan dan penganayian’ jugak
Jangan salahkan aku kalau aku mungkin antara beratus-ratus orang yang pernah buat solat hajat supaya Allah beri pengajaran pada manusia-manusia ini,
Tapi rezeki Allah, tiada siapa duga..
‘Penghinaan dan penganayian’ itulah yang aku membawa aku ke tempat sekarang
Alhamdullilah pada rezeki yang Allah

Ditempat kerja baru,

Aku lebih dilayan seperti manusia yang beremosi dan berakal,
Timbunan kerja disertai gaji lumayan yang tepat pada waktu,
Kerja dihari cuti dijanjikan claim perjalanan dan cuti,
bidang pendidikan yang lebih telus dan amanah tiada lagi ‘perdagangkan pendidikan’ semata-mata demi wang,
‘KPI dan penyambungan kontrak ‘berdasarkan prestasi bukan lagi berdasarkan ‘pendek akal’ tuan presiden yang kononnya kaya-raya,
‘Tiada morning meeting tiap pagi’ yang hanya sekadar boneka tanpa jalan penyelesaian masalah,
Lambakan kursus diberikan pada para pekerja untuk meningkatkan prestasi diri dan syarikat,
Pekerja diberikan galakan menyambung pelajaran tanpa sebarang ikatan dengan syarikat,
Bilik staff dan kelas disediakan penghawa dingin,
Tiap kelas disediakan LCD dan OHP,
Para boss yang bukan hanya memberi arahan dan teguran semata-mata; sebaliknya menunjukan teladan yang baik dan betul sebelum membetulkan para pekerja

Kesimpulannya:

Aku sangat selesa dan bahagia ditempat kerja baru,
Stress dan bebanan kerja adalah sesuatu benda yang tidak dapat dipisahkan,
Tetapi ‘internal motivation’ yang aku senaraikan diatas menyebabkan aku bersyukur atas nikmat yang, ALLAH bagi,
Ya aku manusia biasa yang kuat merunggut tetapi sesungguhnya rungutan aku hanyalah dimulut bukan lagi dihati,
Dihati aku sentiasa bersyuku , berbahagia, bangga bukan riak atas rezeki yang Allah beri ini..
Sekian…

Saturday, August 17, 2013

Renuion 5PKA2 ~~Jejak Kasih Setelah 8 Tahun

Salam

unpredicted renuion sebenarnya
classmate aku yg dikenali sebagai 'wak' 
tiba-tiba bagi cadangan nak berkumpul time raya
setelah ambil kira segala benda
kami bersetuju berkumpul di DEE PUMPONG, ALOR STAR,
tapi tak semua pun berkumpul, 
yang mana ada aja yang berkumpul
overall 11 orang aja dari kelas aku

rasa sangat terharu bila tengok tiap org yang mai tue
aku boleh kata semua classmates aku nie jadi manusia
kalau nak tau,
kami nie zaman sekolah nakal, kuat tido dalam kelas, pemalas,kaki auta, kaki mengular
serba serbi yang tak baik la kira
tapi alhamdullilah semua jadi manusia
ada yang memang berubah habis dari zaman sekolah
cerita zaman sekolah boleh kami buat modal mengutuk sama sendiri ja huauahua

Dekat Dee Pumpong, lama jugak lepak dekat kedai makan nie

Nama apa tah tempat nie, kami berposing dekat sini sebelum semua berpecah balik

zaidi, hanis, elly,aziman dan seha

lan,iqbal,tqah,zaidi,hanis,elly,dan,aziman,seha

geng boys -Zaidi dlu MPP, hanis librarian, eibal, aziman dlu lain sgt, dan and lan

Elly, tqah yang dikenali sebagai ustazah, seha ratu olahraga, wani wife hanis
..




cerita raya Syawal 1434~~ Riang -Ria Raya

Salam...
berhabuk balik blog aku nie
hari tue ber semangat waja nak update secara rutin,
sekali tukar kerja baru,
seratus kali busy dr keja tempat lama
so berkubur la angan mak jenin aku nak jadi 'blogger famous' huahuahuahua

back to the real topic.
berkaitan hari raya aku
actually tak ada yang lain sangat pun
still aku dengan kakak atas aku jadi bibik dekat umah
aku in charge cleaning, akak aku bab masak
mak aku masterchef menu istemewa semua dia la

family aku..
kami tak ada istilah 'balik beraya kampung 'sgt
sbb akak first, second n third skg semua ddk dekat ja
dah jadi culture family aku,
masing-masing beraya rumah sendiri dulu,
lepas sembahyang raya dalam pkul 11 baru akak-akak akan start balik,
akan berkampung dgn umah smpai tgh malam..
pastu balik tido rumah masing-masing..
esoknya dtg balik rumah..

cuma tahun nie,
aku dgn akak aku terkezut skit..
sebab tetamu tak henti dari raya pertama sampai raya ketiga,
raya keempat baru umah aku senyap balik
aku pun raya keempat baru keluar pagar rumah,
beraya dgn kawan-kawan dkt alor star
raya keenam dah masuk office keja

jom la layan pictures raya dari kami...
 Raya bersama BMW pinjam huahuahuahua

 Family pictures ditempat yg sama tiap tahun

 Pictures raya Atok sik dgn cucu-cucu

 Dengan si kenit yang bergabung mai bergegar KG DURIAN BURUNG

 Pictures bergedik anak-anak dara aku hehe

Part paling best bagi budak-budak nie

Pictures raya dengan Mady