Monday, June 4, 2012



mood kurang baik..
rasa macam balik-balik aku yang asyik dapat ujian
tak leh ka biaq aku rasa tenang skit
hukhuk
marah pada diri sendiri

Friday, June 1, 2012

Renungan..


Salam....





Jumpa pictures ini dekat internet..
kata-kata dia sangat melekat di jiwa..

aku selalu argue kenapa hidup orang lain lagi better pada aku
tapi bila aku duduk dan mula merenung kehidupan orang lain
aku mula paham
dalam dunia ini tiada manusia yang mempunyai segala-galanya

bila ALLAH beri nikmat kecantikan, kekayaan, kecerdikan,Dalam masa yang sama ALLAH menarik nikmat kesihatan

Bila ALLAH memberi nikmat kesihatan,kecerdikan, kegembiraan, DALAM masa yang sama ALLAH menarik nikmat kekayaan

Bila ALLAH memberi nikmat kesihatan, kekayaan, kecerdikan,kecantikan, kegembiraan, DALAM masa yang sama ALLAH menarik nikmat keluarga bahagia..

Sesungguh setiap apa yang berlaku dalam hidup, adalah pengajaran dan sempadan untuk kita sentiasa mengingati siapa pencipta kita, sentiasa tunduk bersyukur dan patut pada segala suruhan dan larangang-NYA

Sentiasalah percaya bahawa disebalik setiap kesukaran itu pasti mempunyai titik noktah yang akan memberi hasil kepada setiap kesukaran dan kepayahan yang dilalui.

ALLAH MAHA KAYA dan ALLAH MAHA MENGETAHUI
dan percayalah juga bahawa ALLAH tidak pernah bersikap dengan kejam dengan mahkluk ciptaan-NYA yang sentiasa sujud dan berdoa kepada-NYA

sekian....