Monday, December 26, 2011
Working Life
I love Macau





Wednesday, November 30, 2011
Journey of life as GEMS participant= week 8
salam
minggu sayonara bagi kami semua
minggu kemuncak dimulakan dengan
CORPORATE DINNER: GOLDEN GLITTERS NITE
dinner ini malam isnin
semua semangat you sebab list menu panjang berjela :)
performances pun best
kira overall memang best la
aku kena jadi usher

part tue kurang best sikit
tak sempat nak makan kenyang
asyik kena ligan VIP aja

COMPANY FAREWELL PARTY
ini khas untuk company kami aja
GALAXY SUPPLIES SDN BHD
walaupun pse kami terbelakang
kami tetap happy and enjoy you
dah mula rase sedih
dulu time 1st week
aku tak suka duduk dalam company
tapi skg sgt best duduk dalam company
GEMMIST'S GRADUATION DAY
jumaat , 2 december 2011
officially hari perpisahan kami semua
persahabatan dan perkenalan untuk tempoh dua bulan
tapi rasa sangat rapat dan mesra
hari jugak kami tahu tempat placement
sedih dan gembira
sedih untuk berpisah , gembira sebab akan mulakan alam pekerjaan
life must go on
insyallah all us akan berjumpa lagi
dan
ukhwah antara kita tak kan pernah putus
Saturday, November 26, 2011
Journey of life as GEMS participant= week 7
Thursday, November 24, 2011
Journey of life as GEMS participant= week 6
salam
started week 6
seminggu ada 2 module
so this week module dia
module 6 : problems solving and creative thinking
tapi sangat sayang sebab time module 6
information management aku sempat attended kelas
kelas yang sangat technical bagi aku
agak blur-blur untuk module ini
ACAPPELLA
aku kena perform this week
tapi tak rasa tension langsung
ayat sungguh berlagak kan
tapi itulah kenyataan
hehehe
conclusion: permulaan honeymoon aku dekat GEMS telah bermula...
tunggu sambungan honeymoon aku
pada entri akan dtg..
Wednesday, November 23, 2011
Journey of life as GEMS participant= week 5

module :presentation skills dan group live project week ini jugak
hari-hari ada
tiaap-tiap malam kena prepare slide untuk presentation
dalam sibuk dengan nak prepare slide
malam ada activity lain plak..
memang depress la weh,
aku kalau depress aku tutup segala menda
aku tidur
sebab aku rasa rugi stay up tapi otak tak leh function dengan effectively




Thursday, November 17, 2011
Journey of life as GEMS participant= week 4
report untuk minggu ke-empat baru nak update..
dah terlambat beberapa minggu nie...
sibuk tahap gaban sampai tak ada masa aku nak update blog segala bagai nie...
basically minggu ke-empat,
sibuk dengan module business appreciation.
trainer nama mr kamal ruzman.
seorang yang sangat sempoi, friendly, baik, creative, pelawak dan etc...
so mari la layan pictures kami ketika kelas dengan mr kamal ruzman nie hehehe

gambar gedik, ala-ala mickey mouse
............................................
selain itu,
minggu ke-empat nie sibuk dengan preparation untuk megatrend
segala benda harus di settle kan sebelum balik cuti raya..
sebab bila balik dari raya kami ada satu mggu aja lagi untuk preparation
............................................
tiket balik raya ,
aku beli on the spot dekat pudu petang jumaat
memang nasib baik ada tiket lagi
tapi bas tambahan aja la
tapi tak apa janji aku berjaya jejak bumi kedah dengan selamat
hehehe
sekian
Sunday, October 30, 2011
Journey of life as GEMS participant= week 3
Salam minggu ke-3 telah melabuh tirai. Apa yang dilakukan minggu ini.
· Sa
Nasyid competition – 1st group perform
Wah ada nasyid competition tapi rules dia kena ambil lagu melayu dan translate kepada English. Wajib buat translation.So pening la kepala nak nyanyi melayu yang telah dienglishkan. bunyi nasyid itu sgt la tak sedap. Bunyi keras aja. Tapi creativity adalah menda yang ditagih dalam competition nie. setiap company kena hantar 3 group.aku group yang perform. pehhh memang kelam-kabut nak berlatih n& prepara. Tp site manager kata ‘we did good jobs n show lots of efforts’ rasa sangat berpuas ati walapun gagal layak ke final hehe


Sepanjang hidup aku tak pernah main water polo. Tapi jumaat aku dah terjun swimming pool main water polo. Team aku kalah awal-awal lagi. Tapi kalah menang it’s not the matter. Most important, everyone enjoy and take part. Memang lawak la ingat balik time main water polo tue, aku & azira dah macam org batak dlm swimming pool tue. Mula-mula sikit pun tak dapat bola, dekat last baru kami dapat score.


Bussiness writing module
Ini module ke-3 sepanjang 3 minggu dekat sini, kelas business writing almost same dengan academic & business writing yang aku ambil time degree. So ada basic knowledge skit-skit la. Trainer nama puah rahmah, ada experience sebagai guru mrsm around 30 years. Sangat baik, sangat membantu, sangat memahami. Kesimpulan best la, belajar business writing ini. Assignment pun tidak berat macam event management yang kena buat proposal bagai sampai nak pitam tue. so minggu nie untuk kelas agak relax jugak la.

Jogging di pagi hari
Huhu ini perkara baru yang diperkenalkan minggu ini. Habis ja solat subuh, 6.45 kena tunggu dkt car park. Exercise pagi-pagi buta dekat genting, pehh I told u sejuk mencengkam tulang hitam k. mula-mula memang negative and asyik membebel ja. But bila dah join rasa macam best jugak, rasa macam segar aja bila pergi kelas. Mula-mula ingat akan mengantuk & letih, tapi lain yang rasa. hehehe
Proposal MEGATREND seminar
Wah sepanjang minggu nie rushing siapkan proposal. So meeting sampai awal pagi 2.00 a.m tue perkara wajib. Siapkan kerja dengan keadaan tergesa-gesa itu harus. huhuhu sekarang megatrend dalam tahap implemation. Proposal sudah settle , so sudah move forward kalut dengan benda-benda on that day.
sekian dahulu, laporan di minggu ke-3
Wednesday, October 26, 2011
Journey of life as GEMS participant= week 2
Wah-wah minggu kedua dekat genting view resort nie bukan setakat hectic tapi dah super duper hectic. Aku ingat first week aja hectic pastu relax dah..rupa-rupanya, bertentang 360 darjah kot. 2nd week ini belajar pasal event management. Pehhh waaa cakap sama lu memang otak rasa weng kejap la..aku ini budak backgroung education, so tak pernah terlintas perkataan proposal dalam pala otak aku.
Sekali dah terlintas ini rasa cam kena torture giler. Tapi trainer Mr Abas bin Sahat memang super sempoi, sangat supportive dan sangat penyabar untuk explain atau lebih tepat, repeat menda yang sama berulang-ulang kali sampai kami paham.sian dekat mr abas tapi kami memang tak paham. Kelas aku tak ramai pun yang background business nie.
Menambah kepada kesibukan tahap CEO aku nie, aku masuk debate plak. First round lawan selasa malam, semi-finale lawan khamis malam, and finale sabtu pagi. Pehh I told u ya guys memang busy tahap tak ingat. Rabu malam tue aku & hsemate merangkap team partner debate azirah tido 2 jam aja.
Malam tue time lawan debate semi-finale suara aku dah mula hilang. Tapi kami still menang masuk finale, menang bergaya lagi. TAPI time finale aku dah tak boleh turun, suara memang hilang terus. So reserve yang ganti tempat aku hukhuk…kami kalah kepada pemenang yang layak, tapi ok la kami menang masuk finale kot , still dapat hamper jugak (kehkeh ayat-ayat hendak sedap hati masing-masing)
Sekian dulu laporan secara seminggu dari hasnah aziz.choww guys.
Saturday, October 22, 2011
Journey of life as GEMS participant :1st week
1st week dkt GEMS nie sangat la hectic...register ari ahad...ahad malam jugak dah start activity. isnin dah dapat company and group..mesti ramai tak faham konsep company and group kan..meh-meh aku explain hehe..
kami semua seramai 200+ peserta dibahagikan kepada 8 companies. setiap company akan dpt dl 25-28 ahli..so kami kena set up own bussiness untuk company masing-masing. pastu company semua akan diletakkan dalam bursa saham, tiap-tiap hari akan ada turun naik pasaran saham. kami kena pastikan saham company masing-masing setiap hari naik dan harga mahal..company yang saham rendah & murah kira loser la dekat sini. most of the activity, kami akan stay dalam company nie. module pun banyak kami buat dalam company. Tiap company ada own office hehe, cam best aja actually office itu kira kelas kami la hehe
untuk first module : self efficacy and team building kami semua dibahagikan kepada 18 group kecil. so time ini kami bercampur gaul dengan members company lain & kami semua duduk dkt perdana hall. Trainer nama haji raji, aku sgt suka cara penyampaian dia... activity memang best gler, byk discussion & presentation. activity outdoor time petang kami ada activity sukaneka & treasure hunt. Group aku nama BRILLIANT, members group aku semua best-best gler.
ini gambar group kami full house. group aku ada 3 laki aja. sebab laki mengalami gejala kepupusan dekat GEMS nie hehe..yang boys dr kiri nama pizan, syafiq & joe. syafiq kami punya boss
ini time kelas malam dekat perdana hall. time nie kami switch table dari meja first rows ke last rows. hehehe
Wednesday, October 5, 2011
e-novel mengancam :)
lately sangat rajin membaca e-novel. rasa hilang ketagihan aku.nak beli novel pun senang sebab dah tahu cerita mana yang best untuk dibeli. so dekat sini aku nak bagi link fews blog untuk tatapan peminat novel-novel melayu. walaupun bagaimanapun hanya separuh aja dari story yang diletakkan dalam blog, lagi half kena tunggu keluar buku la :)
- http://aciklananovel.blogspot.com/
- http://zarithnatasha.blogspot.com/
- http://www.penulisan2u.my/
Wednesday, September 28, 2011
GEMS : Interview

salam..
Aku tahu mesti bila GEMS untuk Batch 6 start panggil interview akan ramai yang try google apakah soalan yang akan ditanya oleh para penemuduga..hehe..sebab aku pun dulu google tahap maut tapi tak jumpa yang lengkap.
First sekali, sila berpakaian formal yang lengkap..engkau nak minta orang ambik engkau training tapi engkau pakai macam nak berpicnic memang la tak ada yang hendak ambil engkau hehe..biar la formal tahap nampak nerb pun, at least orang yang temuduga rasa engkau memang berdisplin dan bersunguh-sungguh.
Second, sila bawak segala resume, sijil-sijil fotostat dan original yang seperti dipesan dalam emel pihak gems. Nanti sampai tempat interview akan ada borang yang perlu diisi..so bawak la pen sebatang dua yea.
Ok sekarang interview. Aku kena interview dekat Pearl View Hotel, Penang. Dalam meeting room tue, dia orang dah bahagi para penemuduga ini .tak salah aku dalam bilik aku ada 6 penemuduga kot, aku tak sure sangat. Setiap penemuduga akan dapat 2-3 candidate. So interview session akan berjalan secara serentak secara berkumpulan.
Soalan-soalannya..hmmm soalan dia hanyalah
- Personal background kita. Contoh education, siblings,berapa lama cari kerja,asal mana, ambil kos apa.
- soalan personal background. Interviewer lebih kepada mengajak kita bersembang sama-sama dengan dia. Harus diingat bersembang yea. So kena la bagi respond kepada setiap soalan Cuma dalam keadaan yang lebih santai la...
- explain apa sebenarnya GEMS ini, elaun yang kita dapat, module yang akan kita go thru sepanjang training, kemukinan untuk dihantar ke centre yang jauh, kemungkinan untuk praktikal ditempat yang jauh, kemungkinan untuk kita hidup merempat dan kebuluran kita praktikal hehe..senang cakap segala kemungkinan yang akan membuatkan kita berfikir sangguhp atau tak sanggup. Macam aku memang aku cakap sanggup saja kepada semua benda. So patut di campak aku dekat genting yang jauh berbatu-batu dari kedah hehehe
· ok itu aja la yang ditanya. Senang cakap tak payah la risau sebab para interviewer sangat baik. Kakak-kakak interviewer semua cantik-cantik, lemah lembut and sweet-sweet belaka. Kira aura nak sesak nafas ketika interview sangat la rendah hehe…
O