Monday, October 3, 2016

Road Trip to Krabi -Part 2

Salam....

Part 2 Road Trip to Krabi nie more on aku punya perception or opinion during this journey..


1) Internet converage yang sangat cemerlang - after segala urusan cop passport dkt bukit kayu hitam, di border tue jugak abg ipar aku beli simcard dalam picture nie...sbb perjalanan kami mmg bergantung harap dengan waze yang memerlukan internet untuk menunjukkan arah ke Krabi... yang buat aku terpegun, even dalam hutan belantara, speed internet tetap laju dan 3G, kalau line internet dkt malaysia mau ler macam siputsedut, tapi internet di Thailand nie lain mcm punya laju...Even dkt hotel menginap, wifi yang disediakan sangat tiptop lajunya, setiap kedai makan,spa etc memang menyediakan perkhimatan internet free yang laju kepada customers...So in this aspect aku mmg bagi THUMBUP dkt kerajaan Thailand...CEMERLANG





2) Jalanraya- sepanjang perjalanan kami nie menggunakan highway tanpa tol, pemandu Thai boleh dikategorikan sebagai sangat laju dan cekap...sepanjang dekat Thailand, sangat jarang aku dengar driver bunyikan Hon kereta...kalau dekat indonesia rasa bernanah telinga naik binggit dengan bunyi hon yang tidak berkesudahan..In term of kemudahan highway memang ler jauh ketinggalan dari negara kita, tapi bila diconsider pengunaan tanpa bayaran aku rasa masih ditahapo cemerlang jugak...pengunaan jalanraya kira free macam dekat terenganu/kelantan. kualiti jalan tak sebaik Highway Plus ler tapi tidak ler jugak berlubang or tidak rata...


3) TENAGA BURUH - Waktu dalam perjalanan, banyak ler peniaga jual bunga kalung di sepanjang jalan, but aku realize something. yang menjual semuanya orang dewasa bukan kanak-kanak bawah umor. Pejual sangat behave hanya jalan tanpa memaksa penumpang kereta membeli.. kalau dekat indonesia dan India, penjual akan ketuk tingkap kereta, ini tak dia jalan aja, kalau kita nak gamit panggil ja dia...sepanjang pecutian nie, aku memang tak nampak penggunaan tenaga buruh bawah umor, confuse plak sebab Thailand selalu byk isu negative pasai tenaga buruh nie....




4) PEMBERIAN TIP/TIPBOX - Ini adalah part yang aku sangat tidak suka di Thailand. bermula dari urusan cop passport dkt Imigeresen yang perlu selit RM2(walaupun xbyk), dan sepanjang perjalanan dan percutian aku memang membara tengok senario tip nie...dekat mana-mana mesti ada tipbox, aku rasa budaya tip ini yang menyebabkan rasuah menjadi-jadi kot..ya negara aku sendiri pun corrupt tapi at least jangan tunjuk kekurapan tue secara terang-terangan..bila kita refuse bagi tips, dia mula ler buat drama untuk charge apa yang tak patut dalam bil...ini sungguh tidak baik wahai masyarakat Thai...

Sekian laporan aku untuk Trip ke Krabi nie....

ROAD TRIP TO KRABI- Part 1


SALAM...

Al-kisahnya percutian ke Thailand(Krabi&Hatyai) nie actually adalah something yang aku tak confirm, mula-mula aku memang nak bercuti ke Thailand tahun 2016 nie, pastu tiba-tiba mak aku ajak pergi tempat lain...pending dkt situ, then tiba-tiba seminggu before nak pergi, aku re-confirm dekat akak aku kata nak join..aku dan percutian  haru biru berpisah tiada...aku jenis konsep tgh free & duit ada jom jalan..balik kayap ka apa fikir kemudian..

Uniknya percutian kali nie sbb mengunakan kenderan pacuan empat roda(walaupun org lain yg bawak dan aku passenger aja) tapi nie first experience untuk roadtrip ke luarnegara(walaupun seberang pekan ja huhu), yang drive abg ipar aku, aku dgn akak aku passengers ja ler...da best part about roadtrip adalah sel-sel otak akan bercantum+ memancar+meletup disebabkan kita berpeluang melihat surounding area dkt thailand nie indirectly we're learning about the culture, lifestyle etc..melalaui pekan-pekan kecik before sampai ke Krabi..Perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Krabi memakan masa almost 6 hours jgk..

Ini kira opening ceremony untuk roadtrip ke Thailand....SAWADIKAP...di setiap trafic light akan ada orang jual bunga kalung kepada kereta-kereta plat luar, but mereka sangat behave dan tiada unsur memaksa langsung.
Andaman Gateway, ini kira mcm tempat perhentian dkt highway depa, highway depa xdak ler mcm PLUS TOL kita yang kemas siap toilet tempat makan,(kita berbayar) tapi simple dan FREE..

Ini dekat Andaman gateway jgk...berhenti photoshoot kejap dkt sini before meneruskan perjalanan ke Krabi
Pilih hang nak p mana...

tunggu sunset time ptg aku sampai Krabi, after check in, solat ,turun jalan-jalan lepas tue lepak dekat tepi pantai..
Ini kepoyaan aku time 2nd day trip, kalau island vacation adalah kemestian untul fullday keesokkan hari untuk melakukan water activities seperti snorkeling dan island hoping.




get ready untuk water activities, tggu boatman dkt Aonang Beach...Pakej island hoping+snorkeling guna speedboat kena 10000bath




 Aku suka sangat Long tail boat nie sebab bagi aku unik sangat bila tengok dia belah laut...mcm tongkang-tongkang nelayan selalu guna, siap dengan colourful ribbons tue... tapi malangnya pakej yang aku join naik speedbot hukhukhuk xpa ler xdak rezeki, mgkin nak bg aku rezeki candat sotong dgn tganu naik bot mcm plak hehehe




First island known as Railay Island, dekat sini yang cantik ada dia punya gua batu, so visitor akan trun berjalan keliling pulau melalui gua batu yang bersih dan unik..dengan sini adalah org buat activity jungle treking, wall climbing etc

next ke Poda Island, sini berhenti lama skit untuk mandi dan juga lunch yang disediakan oleh pakej nie.. memang dijamin halal segala makanan yang disediakan tue..


        
                  Seaview yang memukau jiwa TETAPI panas terik dan laut memang berpisah tiada ler





 Last island dekat chicken island, untuk point nie dia berhenti tengah laut dan kita terjun untuk acara wajib iaitu snorkeling hehehehe snorkeling yang dulu aku takut sekarang dan jadi activities yang aku suka...bagi yang 


Time otw balik sempat singgah KlongHae Floating Marke, tp aku confuse nie Malaysia or Thailand sebab penuh Malaysian aja, ye la sebab public holiday Hari Malaysia, pakat serbu floating market nie ler gamaknya...
Ini serba skit makanan yang sempat ditawan dekat floating market tue, memang enak ,unik dan aunthentic ler....ada desire untuk menerjah Floating Market lagi in future..rasa x puas pusing dan explore da location....


Sekian Laporan mengenai Roadtrip ke Thailand _part 1...
dalam episode seterusnya aku akan fokus pada elements yang lain plak

Sunday, May 15, 2016

PERHENTIAN ISLAND PART 1

SALAM...

Last week,8-11May 2016 aku buat short trip ke Pulau Perhentian, Terenganu,
Plan ke Perhentian ini aku buat lepas balik dari Mabul,
selama aku hidup, nie first time ke Perhentian  nie,
lately aku tengok ramai kawan post pictures dekat perhentian,
macam best ja...

Aku ajak kawan-kawan,
tapi macam biasa ler,
mula-mula beria pastu banyak alasan sorg-sorg,
last ada sorg ja yang on
dia mmg duduk Pasir Puteh Kelantan,
So plan aku ambik bas dari kedah turun rumah dia,
esoknya bertolak ke Jetty Besut  untuk ke Pulau Perhentian..

Before pergi, aku dah booked pakej dengan Sealife Inn,
Pakej nie aku jumpa dekat mudah.com
Pakej include penginapan, boat pergi-balik dari Besut - Perhentian, dengan snorkeling 5 points,
aku sengaja tak ambik pakej sekali makanan
sebab kami stay area Kampung Nelayan yang makanan mmg harga macam darat ja,
Kg Nelayan nie area perhentian kecil, 
Perhentian Besar yang ada Long Beach & Kincir Angin..


Ini picture dekat Jetty Besut, menunggu bot masuk ke Pulau Perhentian
Ini fees untuk Marine Park, setiap pelancong wajib bayar RM5 before naik bot ke Perhentian...

Jetty Besut, bertolak dari sini 11.30 sampai dalam 12.00 .

Check in Anak Murai Guest House, kami bantai tidur 2.30 ptg baru bangun bersiap untuk pusing pulau..
       
Ini time lunch, tengah order makanan, aku buat ramah sembang dengan pok cik kedai nie tanya kalau nak ambik bot pergi long beach dgn kincir angin berapa ringgit, pastu dia bagitau kalau nak ke sana, boleh ja naik boat dengan dia, bayar rm50 so kira dia bawak pergi- balik dr kg nelayan ke long beach & kincir angin...
Selepas pergi Kincir Angin, lepak dekat long beach dari pkul 4-6ptg...
long beach nie mmg penuh minah-minah saleh yang tengah berjemur ler,
kepada yang nak jimat boleh aja pilih untuk tidur dalam camping site ja
Waktu dekat long beach nie dkt nak balik, pok cik boat tadi ajak pergi minum,
sepanjang perjalanan semua org tegur pok cik nie.
dalam hati aku ingat dia Yb
sekali sampai kedai tue,
dia cakap nie pun chalet dia jugak
tudiaaaaaa pokcik nie bapak kaya ler woiii
ini masuk kategori zuhud dalam kehidupan kot

Posing dekat long beach yang dah macam dekat oversea...

2nd day, pose before nak start snorkeling...

Ini dekat jetty, tggu boatman pick up untuk pergi snorkeling

Trip snorkeling boat aku ada 5 org,
aku dgn kawan aku anies, pastu 3 org lagi dr Kl, waheda,fazira dgn suami waheda,
so aku dapat ler kawan baru lagi...

View dekat Turtle Bay....
1st point untuk snorkeling..
dekat sini activity utk water confident,
sebab ler turtle bay nie x jumpa tanah dah,
semua tgh laut aja..



Ini 2nd & 3rd point dekat turtle bay & Shark point...
dekat sini mmg boleh tengok turtle dengan shark secara real,
tengok turtle saiz kingkong aku dah biasa time snorkeling dkt Mabul,
tapi part shark tue mmg first time,
ada 3 ekor ddk beranang bawah kaki aku ja,
omggggg....

4th point dekat lighthouse,
sini memang dalam, dan air dia berarus dan berombak skit,
boatman pun x berani turun tggi boat takut jadi apa-apa,
so aku terjun aja ler,
penuh ikan nemo dkt sini,
sempat bagi makan ikan ...
Ini last point dekat Romantic Beach,
sini boleh tengok corals,
air cetek aja,
so boleh berenang-berenang dengan genbiranya
pantai bersih aja,
air pun bersih,
ramai ja foreigner buat showw as usual kehkeh

Overall:
Aku sangat berpuas hati dengan percutian kali nie,
trip kali nie aku lagi enjoy dia punya snorkeling activities,
aku punya water confidence lebih tinggi kot sekarang,
next destination after raya pulak ler kot..

Sekian Terima Kasih...



Monday, May 2, 2016

Mabul Island Part 3 - My own Perspectives

Bila travel da best part yang aku sangat suka adalah belajar pasal culture, their social life & survivor, the history, building, etc..bukan nak berlagak tapi aku even menyampah subjek sejarah dkt sekolah tapi aku tak pernah gagal score A, dan aku adalah manusia yang sangat cintakan general knowledge/pengetahuan am.So aku sangat suka memerhatikan aspek kehidupan, dan aku percaya untuk menjadi manusia yang critical, kita sebagai manusia kena melihat kehidupan orang lain which akan menyebabkan kita lebih menhargai erti kehidupan,kebahagian etc.

Laut yang tidak terusik – Bila sampai saja dekat resort, semua terlopong dengan kebersihan air laut dkt Mabul..mmg byk pictures kami dah godek before decide ke sini..tapi bila tengok dengan mata sendiri…subhanallahh macam tak percaya ada tempat di Malaysia yang masih secantik ini…menunjukkan kadar pecemaran dan kemusnahan alam disebabkan pembangunan yang dikejar banyak pihak masih belum merosakkan kecantikan pulau di Semporna nie.

Resort – one of the way untuk menjaga kecantikan alam semulajadi, aku percaya resort nie guna konsep air masim tanpa process..segala activity mandi,gosok gigi adalah menggunakan air masim.. hanya untuk makan saja ada air process yang diangkut dari bandar Semporna menggunakan botol-botol air. Sistem paip dia juga dari atas resort direct turun ke laut, which buat kami musykil kenapa air laut dia masih tak tercemar.. dan jawapan kami adalah factor kegunaan air masim tue sendiri yang tidak di process menyebabkan dia larut balik dalam air laut.





Anak-anak bajau -  ptg first day, kami ambik peluang pusing perkampungan Mabul nie.. terasa macam berada di zaman yang berlainan.. kedai-kedai runcit yang kecil, rumah kayu yang masih mengekalkan ciri tradisi,dan anak-anak kecik yang bebas berlari berkeliaran main tanah pasir which almost tak jumpa dekat semenanjung sekarang…




Part lawak – ketika duduk jalan-jalan, tiba-tiba salah sorg kawan diserang sorg kanak-kanak yang membawa lari air 100plus botol besar secara mengejut huhuhuhu…tak lama lepas tue pisang goring kami plak kena libas huhuhu…kesian pulak fikir,kalua duit banyak boleh leh derma sedekah dekat budak3 nie…

Bajau laut – sepanjang laut semporna nie, kita boleh nampak banyak sampan ditengah laut.. ini bukan sampan nelayan tapi kaum bajau yang tinggal didalam sampan bersama seisi keluarga.. mengikut permerhatian aku, each family aka nada main sampan yang dibuat tempat masak, lepak dengan family, pastu akan ada anak sampan untuk aktiviti harian seperti menangkap ikan,jual ikan etc. Anak-anak bajau nie sepanjang laut relax ja terjun laut without any lifejacket buat aku rasa terhina seketika huhuhuhu.. menurut salah sorg yang join trip snorkeling kami, orang bajau bila lahir aja anak, anak tue akan direndam dalam air laut, dan biasanya org bajau akan campak ja anak kecik ke dalam laut, untuk pandai beranag sendiri, kalau ala-ala nak lemas baru pergi selamat..Buat aku terfikir, kenapa ler persatuan renang dekat Malaysia nie tak buat pencarian bakat dekat area-area macam nie erk..mungkin Malaysia dah lama ada juara dunia kalau tak hmmmm



System jana kuasa – dekat Mabul elektrik dia mengunakan janakuasa..so ada waktu tertentu aja ada elektrik,malam start 6ptg-6pg ada elektrik untuk kegunaan air-conditioner semua,siang tiada elektri dalam pkul 3ptg ada elektrik tapi utk kegunaan ringan macam kipas dan lampu sahaja…setiap kawasan ada rumah jana elektrik sendiri yang di panggil anjung hayat…so tiap mlm bunyi generator akan menghilangkan kesunyian malam..actually nie first experience aku hidup mengunakan system jenator nie…

Keselamatan – isu yang hangat pasai kepulauan semporna dari dulu kan..dari zaman aku sekolah lagi dah glamer pasal kump. Abu syaffa dan sbagainya..hari first kami sampai tak sampai sejam dekat Mabul, aku dah rasa selamat yang amat bila aku nampak bot polis or tentera yang special force yang pakai baju serba hitam tengah merondan area resort..terpegun seketika time tue terus terbayang yo si jin DOTS kehkehkeh…ptg after ronda kg,dlm pkul 6 ptg kami semua lepak depan bilik masing-masing…dan kami semua terlopong terpegun bila nampak in real segerombolan special force tadi yang berpakaian serba hitam, siap dengan senjata mcm massine guns tengah jalan masuk resort….kami yang ramah tamah nie pun buat ler sesi taaruf dengan dia org..rupa mmg setiap mlm anggota bersenjata akan berkawal dengan pondok Menara resort nie sampai ke pagi, siap inform tentang perintah berkurang after 11mlm…so bagi aku bila segala prevention macam nie dah dijalankan, sekiranya berlaku apa-apa, kita kena terima itu sebagai takdir dan rezeki masing-masing..bukan ler nak tunjuk aku nie positive sgt, tapi fikirlah tak kan kita nak neglect semua benda dalam hidup ini disebabkan factor bahaya dan takut…

Ini adalah entry terakhir berkaitan Mabul Island, next week insyallah aku akan update pasal aktiviti yang seterusnya...bye-bye





Mabul Island Part 2


Salam...

Seperti dijanjikan entry 2 Mabul Island penuh dengan pictures ja,
bak kata orang, biar gambar berbicara..
coppppp ada gak aku berbicara dekat captian huahuahua



Ini adalah ceita perjalanan kami dari KLIA2(tiada gmbr sbb dah bosan) ke Airport Tawau. Airport Tawau nie kecil aja sebab penerbangan dalam negeri sahaja..tapi staff imegress bagus sgt, part staff airasia sendiri mau tau ler..macam selalu..

Setelah sampai Airport Tawau, perlu menaiki Van ke bandar Semporna yang memakan masa hampir sejam setengah bergantung pada kehebatan pemandu van tersebut. Sampai Bandar Semporna, kita akan register dkt travel agency yang kita dah pilih, settle pembayaran semua. Naik speedbot dalam sejam untuk masuk Mabul Island.

Ini first view yang dari dalam speedbot aku nampak...sumpah terpegun tahap terlopong mulut lalat masuk 100ekor...mcm confuse aku nie pergi Bora-Bora ka?Air laut dia hijau jernih,ikan berlari-lari dkt speedbot. driver speedbot pun mcm malas nak layan kami punya jakun yang luarbiasa nie...

Lepas diberi briefing wah macam kem bina negara plak kehkeh..pihak chalet inform pasal makanan, elektrik , keselamatan, perintah berkurung etc...untuk petang hari first aktiviti bebas...esok kami akan snorkeling...So ini photo poyo aku yang mendapat likes sgt tggi di facebook dan instagram kehkehkeh

Petang hari first, kami semua ambik kesempatan jalan-jalan pusing perkampungan Mabul nie...syok plak tengok kehidupan dekat sini,meriah macam hari raya, rumah dekat-dekat, anak-anak kecik sangat ramai...

Jalan pusing kampung sambil snap pictures tue adalah wajib huhuhu

Kami melawat kawasan chalet orang lain sekali..dekat belakang tue chalet yang lagi mahai, tak salah 1k pernight,lebih private skit...jauh dari perkampungan ..

Jumpa rumah air yang unik nie waktu bersiar di tepi pantai...

Ini pagi second day, aktiviti snorkeling akan dimulakan..dalam hati tuhan ja tahu bertapa berdebarnya aku huhuhu

Bersiap sedia dengan equipments semua, tahap keselamatan harus dijaga sebab aku sangat hebat berenang kehkehkehkhe mohon untuk tidak lupa sapu sunblock berlapis-lapis, bagi aku yang kulit cam beyonce mmg tak kisah..yang macam nora danish harap bertabah ler huhuhu...

3 buah pulau terlibat dalam aktiviti snorkeling nie iaitu Mabul, Sipadan, Kapalai...Guide dia sangat bagus bagi aku peramah dan sangat menjaga keselamatan kami yang hebat berenang nie. Duduk dalam laut langsung tak terasa kepanasan dunia huhuhuhu dan aku musykil keberanian aku untuk berada tengah laut tanpa rasa mabuk or cuak tue....

Pictures kami semua di tengah laut untuk pulau ke-2 dia Kapalai bersama 2 tourist guide kami yang sempoi lagi baik hati...pictures nie disnap dalam pukul 12 tghr,..setiap pulau diberi masa dalam sejam untuk diterokai huhuhu

Seperti biasa aktiviti air bermaksud kita akan jadi sangat lapar or sangat kenyang huhuhu some people dia jadi lapar, some people dia jadi kenyang sebab telan air masin byk sgt huhuhuhu ini dalam perjalanan balik pulau ke-2

Setelah habis 3 pulau diterokai, aku ddk fikir ini aku ka sapa nie, mana dtg keberanian luarbiasa aku nie huhuhuhu

Ini phota before kami start aktiviti snorkeling, aku tak beli or pakai swimming suit apa semua sebab harga dia boleh tahan mahal..so aku pakai tshirt kain jersi, legging aja...nak spend beli swimming suit bagai aku takut aku pakai sekali aja, pastu simpan sayang duit oiiiii

Last pictures waktu perjalanan balik, ada sepasang mat salleh join bot kami...lepas snorkeling nie semua balik bilik terbongkang letih, ada yang cirit birit,ada yang hampir deman, ada yang lengguh badan....

Ini pictures time nak makan malam, as people know..sabah nie dia gelap awai...pkul 6 ptg dah gelap, 6pagi dah cerah...Cantikkan??
Ini pictures hari first, tapi ada something aku nak cerita...actually dalam 8 orang nie, aku hanya kenal rapat dgn Nana dan pernah dengar nama dan cerita dari Pqah(xdpt join) berkenaan zureen..so lagi 6 orang manusia yang aku bergelak ketawa, bersembang dengan meriahnya adalah manusia yang aku tak pernah jumpa dan kenai..secara jujurnya benda-benda macam nie yang buat aku suka aktiviti travel nie, memperluaskan social network, improve aku punya communication skill(aku adalah introvert yang berusaha keras untuk survive dalam community), etc

Hari last after breakfast, kami bersiap sedia untuk check out dari chalet awal sebab berhajat untuk singgah ke Bandar Tawau shopping apa patut untuk bawak balik sebagai buahtangan..



Ini dekat Pasar Gantung Tawau, dia punya seafoods buat aku rambang mata even aku bukan pecinta seafood yang tegar..firstfloor ada jual satur-sayur dan keropok oblong, cincin semua tue, 2nd floor dia ada juai seafood yang kering..geng aku yang KL banyak ler borong, aku yang nak kena travel ke Kedah nie plak mmg tak angkut apa-apa ler.

Ini muka tersadai dekat Airport Tawau, mcm biasa hate-love relationship aku dengan AirAsia..flight delay almost 2 hours dan staff airasia tak bagi any info, bila atas flight baru cakap sorry...hishhhh bersabar ja ler sbb engkau murah, xkan nak expect service mcm Singapore Airline kan...



Sekian sahaja laporan saya untuk Mabul Island Part 2....
Bye-bye...