Bila travel da best part yang aku
sangat suka adalah belajar pasal culture, their social life & survivor, the
history, building, etc..bukan nak berlagak tapi aku even menyampah subjek
sejarah dkt sekolah tapi aku tak pernah gagal score A, dan aku adalah manusia
yang sangat cintakan general knowledge/pengetahuan am.So aku sangat suka memerhatikan
aspek kehidupan, dan aku percaya untuk menjadi manusia yang critical, kita
sebagai manusia kena melihat kehidupan orang lain which akan menyebabkan kita
lebih menhargai erti kehidupan,kebahagian etc.
Laut yang tidak terusik – Bila sampai saja
dekat resort, semua terlopong dengan kebersihan air laut dkt Mabul..mmg byk
pictures kami dah godek before decide ke sini..tapi bila tengok dengan mata
sendiri…subhanallahh macam tak percaya ada tempat di Malaysia yang masih
secantik ini…menunjukkan kadar pecemaran dan kemusnahan alam disebabkan
pembangunan yang dikejar banyak pihak masih belum merosakkan kecantikan pulau
di Semporna nie.
Resort – one of the way untuk
menjaga kecantikan alam semulajadi, aku percaya resort nie guna konsep air
masim tanpa process..segala activity mandi,gosok gigi adalah menggunakan air
masim.. hanya untuk makan saja ada air process yang diangkut dari bandar
Semporna menggunakan botol-botol air. Sistem paip dia juga dari atas resort
direct turun ke laut, which buat kami musykil kenapa air laut dia masih tak
tercemar.. dan jawapan kami adalah factor kegunaan air masim tue sendiri yang
tidak di process menyebabkan dia larut balik dalam air laut.
Anak-anak bajau - ptg first day, kami ambik peluang pusing perkampungan Mabul nie.. terasa macam berada di zaman yang berlainan.. kedai-kedai runcit yang kecil, rumah kayu yang masih mengekalkan ciri tradisi,dan anak-anak kecik yang bebas berlari berkeliaran main tanah pasir which almost tak jumpa dekat semenanjung sekarang…
Part lawak – ketika duduk jalan-jalan, tiba-tiba salah sorg kawan diserang sorg kanak-kanak yang membawa lari air 100plus botol besar secara mengejut huhuhuhu…tak lama lepas tue pisang goring kami plak kena libas huhuhu…kesian pulak fikir,kalua duit banyak boleh leh derma sedekah dekat budak3 nie…
Bajau laut – sepanjang laut
semporna nie, kita boleh nampak banyak sampan ditengah laut.. ini bukan sampan
nelayan tapi kaum bajau yang tinggal didalam sampan bersama seisi keluarga..
mengikut permerhatian aku, each family aka nada main sampan yang dibuat tempat
masak, lepak dengan family, pastu akan ada anak sampan untuk aktiviti harian
seperti menangkap ikan,jual ikan etc. Anak-anak bajau nie sepanjang laut relax
ja terjun laut without any lifejacket buat aku rasa terhina seketika huhuhuhu..
menurut salah sorg yang join trip snorkeling kami, orang bajau bila lahir aja
anak, anak tue akan direndam dalam air laut, dan biasanya org bajau akan campak
ja anak kecik ke dalam laut, untuk pandai beranag sendiri, kalau ala-ala nak
lemas baru pergi selamat..Buat aku terfikir, kenapa ler persatuan renang dekat
Malaysia nie tak buat pencarian bakat dekat area-area macam nie erk..mungkin
Malaysia dah lama ada juara dunia kalau tak hmmmm
System jana kuasa – dekat Mabul
elektrik dia mengunakan janakuasa..so ada waktu tertentu aja ada elektrik,malam
start 6ptg-6pg ada elektrik untuk kegunaan air-conditioner semua,siang tiada
elektri dalam pkul 3ptg ada elektrik tapi utk kegunaan ringan macam kipas dan
lampu sahaja…setiap kawasan ada rumah jana elektrik sendiri yang di panggil
anjung hayat…so tiap mlm bunyi generator akan menghilangkan kesunyian
malam..actually nie first experience aku hidup mengunakan system jenator nie…
Keselamatan – isu yang hangat
pasai kepulauan semporna dari dulu kan..dari zaman aku sekolah lagi dah glamer
pasal kump. Abu syaffa dan sbagainya..hari first kami sampai tak sampai sejam
dekat Mabul, aku dah rasa selamat yang amat bila aku nampak bot polis or
tentera yang special force yang pakai baju serba hitam tengah merondan area
resort..terpegun seketika time tue terus terbayang yo si jin DOTS kehkehkeh…ptg
after ronda kg,dlm pkul 6 ptg kami semua lepak depan bilik masing-masing…dan
kami semua terlopong terpegun bila nampak in real segerombolan special force
tadi yang berpakaian serba hitam, siap dengan senjata mcm massine guns tengah
jalan masuk resort….kami yang ramah tamah nie pun buat ler sesi taaruf dengan
dia org..rupa mmg setiap mlm anggota bersenjata akan berkawal dengan pondok
Menara resort nie sampai ke pagi, siap inform tentang perintah berkurang after
11mlm…so bagi aku bila segala prevention macam nie dah dijalankan, sekiranya
berlaku apa-apa, kita kena terima itu sebagai takdir dan rezeki
masing-masing..bukan ler nak tunjuk aku nie positive sgt, tapi fikirlah tak kan
kita nak neglect semua benda dalam hidup ini disebabkan factor bahaya dan
takut…
Ini adalah entry terakhir berkaitan Mabul Island, next week insyallah aku akan update pasal aktiviti yang seterusnya...bye-bye





No comments:
Post a Comment