Sunday, May 15, 2016

PERHENTIAN ISLAND PART 1

SALAM...

Last week,8-11May 2016 aku buat short trip ke Pulau Perhentian, Terenganu,
Plan ke Perhentian ini aku buat lepas balik dari Mabul,
selama aku hidup, nie first time ke Perhentian  nie,
lately aku tengok ramai kawan post pictures dekat perhentian,
macam best ja...

Aku ajak kawan-kawan,
tapi macam biasa ler,
mula-mula beria pastu banyak alasan sorg-sorg,
last ada sorg ja yang on
dia mmg duduk Pasir Puteh Kelantan,
So plan aku ambik bas dari kedah turun rumah dia,
esoknya bertolak ke Jetty Besut  untuk ke Pulau Perhentian..

Before pergi, aku dah booked pakej dengan Sealife Inn,
Pakej nie aku jumpa dekat mudah.com
Pakej include penginapan, boat pergi-balik dari Besut - Perhentian, dengan snorkeling 5 points,
aku sengaja tak ambik pakej sekali makanan
sebab kami stay area Kampung Nelayan yang makanan mmg harga macam darat ja,
Kg Nelayan nie area perhentian kecil, 
Perhentian Besar yang ada Long Beach & Kincir Angin..


Ini picture dekat Jetty Besut, menunggu bot masuk ke Pulau Perhentian
Ini fees untuk Marine Park, setiap pelancong wajib bayar RM5 before naik bot ke Perhentian...

Jetty Besut, bertolak dari sini 11.30 sampai dalam 12.00 .

Check in Anak Murai Guest House, kami bantai tidur 2.30 ptg baru bangun bersiap untuk pusing pulau..
       
Ini time lunch, tengah order makanan, aku buat ramah sembang dengan pok cik kedai nie tanya kalau nak ambik bot pergi long beach dgn kincir angin berapa ringgit, pastu dia bagitau kalau nak ke sana, boleh ja naik boat dengan dia, bayar rm50 so kira dia bawak pergi- balik dr kg nelayan ke long beach & kincir angin...
Selepas pergi Kincir Angin, lepak dekat long beach dari pkul 4-6ptg...
long beach nie mmg penuh minah-minah saleh yang tengah berjemur ler,
kepada yang nak jimat boleh aja pilih untuk tidur dalam camping site ja
Waktu dekat long beach nie dkt nak balik, pok cik boat tadi ajak pergi minum,
sepanjang perjalanan semua org tegur pok cik nie.
dalam hati aku ingat dia Yb
sekali sampai kedai tue,
dia cakap nie pun chalet dia jugak
tudiaaaaaa pokcik nie bapak kaya ler woiii
ini masuk kategori zuhud dalam kehidupan kot

Posing dekat long beach yang dah macam dekat oversea...

2nd day, pose before nak start snorkeling...

Ini dekat jetty, tggu boatman pick up untuk pergi snorkeling

Trip snorkeling boat aku ada 5 org,
aku dgn kawan aku anies, pastu 3 org lagi dr Kl, waheda,fazira dgn suami waheda,
so aku dapat ler kawan baru lagi...

View dekat Turtle Bay....
1st point untuk snorkeling..
dekat sini activity utk water confident,
sebab ler turtle bay nie x jumpa tanah dah,
semua tgh laut aja..



Ini 2nd & 3rd point dekat turtle bay & Shark point...
dekat sini mmg boleh tengok turtle dengan shark secara real,
tengok turtle saiz kingkong aku dah biasa time snorkeling dkt Mabul,
tapi part shark tue mmg first time,
ada 3 ekor ddk beranang bawah kaki aku ja,
omggggg....

4th point dekat lighthouse,
sini memang dalam, dan air dia berarus dan berombak skit,
boatman pun x berani turun tggi boat takut jadi apa-apa,
so aku terjun aja ler,
penuh ikan nemo dkt sini,
sempat bagi makan ikan ...
Ini last point dekat Romantic Beach,
sini boleh tengok corals,
air cetek aja,
so boleh berenang-berenang dengan genbiranya
pantai bersih aja,
air pun bersih,
ramai ja foreigner buat showw as usual kehkeh

Overall:
Aku sangat berpuas hati dengan percutian kali nie,
trip kali nie aku lagi enjoy dia punya snorkeling activities,
aku punya water confidence lebih tinggi kot sekarang,
next destination after raya pulak ler kot..

Sekian Terima Kasih...



No comments:

Post a Comment