Monday, May 2, 2016

Mabul Island Part 2


Salam...

Seperti dijanjikan entry 2 Mabul Island penuh dengan pictures ja,
bak kata orang, biar gambar berbicara..
coppppp ada gak aku berbicara dekat captian huahuahua



Ini adalah ceita perjalanan kami dari KLIA2(tiada gmbr sbb dah bosan) ke Airport Tawau. Airport Tawau nie kecil aja sebab penerbangan dalam negeri sahaja..tapi staff imegress bagus sgt, part staff airasia sendiri mau tau ler..macam selalu..

Setelah sampai Airport Tawau, perlu menaiki Van ke bandar Semporna yang memakan masa hampir sejam setengah bergantung pada kehebatan pemandu van tersebut. Sampai Bandar Semporna, kita akan register dkt travel agency yang kita dah pilih, settle pembayaran semua. Naik speedbot dalam sejam untuk masuk Mabul Island.

Ini first view yang dari dalam speedbot aku nampak...sumpah terpegun tahap terlopong mulut lalat masuk 100ekor...mcm confuse aku nie pergi Bora-Bora ka?Air laut dia hijau jernih,ikan berlari-lari dkt speedbot. driver speedbot pun mcm malas nak layan kami punya jakun yang luarbiasa nie...

Lepas diberi briefing wah macam kem bina negara plak kehkeh..pihak chalet inform pasal makanan, elektrik , keselamatan, perintah berkurung etc...untuk petang hari first aktiviti bebas...esok kami akan snorkeling...So ini photo poyo aku yang mendapat likes sgt tggi di facebook dan instagram kehkehkeh

Petang hari first, kami semua ambik kesempatan jalan-jalan pusing perkampungan Mabul nie...syok plak tengok kehidupan dekat sini,meriah macam hari raya, rumah dekat-dekat, anak-anak kecik sangat ramai...

Jalan pusing kampung sambil snap pictures tue adalah wajib huhuhu

Kami melawat kawasan chalet orang lain sekali..dekat belakang tue chalet yang lagi mahai, tak salah 1k pernight,lebih private skit...jauh dari perkampungan ..

Jumpa rumah air yang unik nie waktu bersiar di tepi pantai...

Ini pagi second day, aktiviti snorkeling akan dimulakan..dalam hati tuhan ja tahu bertapa berdebarnya aku huhuhu

Bersiap sedia dengan equipments semua, tahap keselamatan harus dijaga sebab aku sangat hebat berenang kehkehkehkhe mohon untuk tidak lupa sapu sunblock berlapis-lapis, bagi aku yang kulit cam beyonce mmg tak kisah..yang macam nora danish harap bertabah ler huhuhu...

3 buah pulau terlibat dalam aktiviti snorkeling nie iaitu Mabul, Sipadan, Kapalai...Guide dia sangat bagus bagi aku peramah dan sangat menjaga keselamatan kami yang hebat berenang nie. Duduk dalam laut langsung tak terasa kepanasan dunia huhuhuhu dan aku musykil keberanian aku untuk berada tengah laut tanpa rasa mabuk or cuak tue....

Pictures kami semua di tengah laut untuk pulau ke-2 dia Kapalai bersama 2 tourist guide kami yang sempoi lagi baik hati...pictures nie disnap dalam pukul 12 tghr,..setiap pulau diberi masa dalam sejam untuk diterokai huhuhu

Seperti biasa aktiviti air bermaksud kita akan jadi sangat lapar or sangat kenyang huhuhu some people dia jadi lapar, some people dia jadi kenyang sebab telan air masin byk sgt huhuhuhu ini dalam perjalanan balik pulau ke-2

Setelah habis 3 pulau diterokai, aku ddk fikir ini aku ka sapa nie, mana dtg keberanian luarbiasa aku nie huhuhuhu

Ini phota before kami start aktiviti snorkeling, aku tak beli or pakai swimming suit apa semua sebab harga dia boleh tahan mahal..so aku pakai tshirt kain jersi, legging aja...nak spend beli swimming suit bagai aku takut aku pakai sekali aja, pastu simpan sayang duit oiiiii

Last pictures waktu perjalanan balik, ada sepasang mat salleh join bot kami...lepas snorkeling nie semua balik bilik terbongkang letih, ada yang cirit birit,ada yang hampir deman, ada yang lengguh badan....

Ini pictures time nak makan malam, as people know..sabah nie dia gelap awai...pkul 6 ptg dah gelap, 6pagi dah cerah...Cantikkan??
Ini pictures hari first, tapi ada something aku nak cerita...actually dalam 8 orang nie, aku hanya kenal rapat dgn Nana dan pernah dengar nama dan cerita dari Pqah(xdpt join) berkenaan zureen..so lagi 6 orang manusia yang aku bergelak ketawa, bersembang dengan meriahnya adalah manusia yang aku tak pernah jumpa dan kenai..secara jujurnya benda-benda macam nie yang buat aku suka aktiviti travel nie, memperluaskan social network, improve aku punya communication skill(aku adalah introvert yang berusaha keras untuk survive dalam community), etc

Hari last after breakfast, kami bersiap sedia untuk check out dari chalet awal sebab berhajat untuk singgah ke Bandar Tawau shopping apa patut untuk bawak balik sebagai buahtangan..



Ini dekat Pasar Gantung Tawau, dia punya seafoods buat aku rambang mata even aku bukan pecinta seafood yang tegar..firstfloor ada jual satur-sayur dan keropok oblong, cincin semua tue, 2nd floor dia ada juai seafood yang kering..geng aku yang KL banyak ler borong, aku yang nak kena travel ke Kedah nie plak mmg tak angkut apa-apa ler.

Ini muka tersadai dekat Airport Tawau, mcm biasa hate-love relationship aku dengan AirAsia..flight delay almost 2 hours dan staff airasia tak bagi any info, bila atas flight baru cakap sorry...hishhhh bersabar ja ler sbb engkau murah, xkan nak expect service mcm Singapore Airline kan...



Sekian sahaja laporan saya untuk Mabul Island Part 2....
Bye-bye...

No comments:

Post a Comment