Sunday, May 1, 2016

Mabul Island Part 1


Salam…

Kepada yang bertanya dekat aku,
mana dapat keberanian untuk jejak area semporna yang hangat isu peculikanan nie”..
jawapan dia senang aja


"Bila mata asyik tengok kecantikan Mabul Island yang asyik dikongsi oleh kawan-kawan rapat yang memang kaki scuba diving, buat aku rasa worth it pertaruh nyawa mai tempat secantik nie"
Aku adalah sejenis manusia yang tak pernah kisah erti bahaya berkenaan sesuatu benda yang aku suka, dan travel ada benda aku teramat suka yang diabaikan kerana factor study,kerja etc. Sekarang aku decide untuk mengejar apa aku suka sebab aku rasa manusia tak pernah appreciate dan puas dengan pengorban yang orang lain buat… So, jangan tanya soalan macam nie dkt aku, sebab kalau angin tak baik mungkin ada yang kena smash tepat nanti…

Plan nak ke Mabul terhasil bila sembang dalam group whatapps dengan dua BFF merangkap ex-housemates zaman study dkt unisel nama pqah dan nana, bila di google segala tempat berdekatan mcm PD, Redang, Legoland harga tak reasonable..

Terkeluar nama Mabul, dan secara tiba-tiba semua bersetuju. Terus cari tiket Airasia guna cimbclick, dan terus setuju dalam 5 saat pasal harga tiket 2ways , semua transfer duit..Yeahhhhhhh settle beli tiket flight.

Selama aku bijak berdikari, travel bersendirian dengan kawan-kawan..sememangnya AirAsia ja yang mampu kami beli tiket. hate-love relationship antara aku dan AirAsia sukar dipisahkan,,,,kehkehkeh
Next kena cari pakej yang sesuai dekat Mabul, tapi part ini tak rumit dan kira settle sbb salah sorg BFF pqah bakal ke sana date yang sama dengan another 5 orang…kira time beli tiket flight kami cari sama date sama dengan lagi 6 org tue, total semua 9 org. So kami akan join depa punya pakej, lagi ramai lagi meriah dan peluang untuk find new friends.

Tapi kira-kira sebulan nak ke sana, Pqah inform tak boleh join sebab kena pergi training kastam, tp flight dah beli kan..so aku dgn Nana proceed aja le…bila hari kejadian, jumpa first time atas flight, tak sempat ramah mesra. Dekat airport tawau buat sesi taaruf dan terus rasa boleh masuk, geng air masuk kepala juga. So bermula sesi perkenalan singkat dengan 6 manusia yang baru.

Rezeki kami kot, pakej yang kami dpt harga dia almost sukar dipercayai..kalau google selalu mesti around 1K, tapi kami dapat dalam 500 full dr trun flight dkt Tawau sampai ler naik flight balik dkt Tawau.
Antara activities dekat Mabul nie ada snorkeling di 3 pulau iaitu Mabul, Sipadan & Kapalai. Kepada yang rapat dengan aku mesti tau nie adalah first experience untuk snorkeling. Aku bukan pecinta binatang dan aku ada fobia air yang tinggi. Selalu nak lemas kalau main air dkt kawasan air terjun dan laut. Tapi semakin besar, sikit-sikit aku try conquer ketakutan aku. Snorkeling adalah usaha terakhir untuk buktikan aku tak ada isu dah dengan air dah nie huhu..sebab bayangkan ler…aku yang tak pandai berenang dicampak tengah laut utk snorkeling. Mmg ada lifejacket, tp without kebolehan untuk bertenang, bernafas dengan cara yang betul boleh meninggal juga ler huhuhu.


Perasan aman damai permai membuak-buak duduk sini, dengan facilities yang limited rasa bahagia tue boleh muncul..tiba-tiba terbayang shortstory pasai Capri Island...

So dalam part 2 aku akan share pictures dan caption ja,sila jangan muntah..TQ


No comments:

Post a Comment