Now when I am 28
years old..
I suddenly realize
that some people that just pass by my life for a very short period of times
actually left a big impact toward myself…
How their
personality, perspective of life have bring different dimension in my personal
life.
1. Cikgu Azizah
Hanya mengenali
cikgu azizah ini dalam tempoh 4 bulan ketika praktikal di sek keb seri
kundang,rawang. Cikgu Bahasa melayu yang baik hati, lemah lembut dan penuh
sifat keibuan yang berjaya membuatkan aku rasa bidang pendidikan sebenarnya apa
yang aku perlukan dalam hidup. Sejujurnya, aku selalu rasa salah bidang
pengajian dan keluh kesah untuk menjadi pendidik. Tetapi cikgu azizah nie buat
aku rasa, aku nak jadi cikgu. Aku admire sangat dia sebab dia bagi aku berjaya
bahagikan masa antara kerja dan keluarga. Tiap pagi dia akan siapkan breakfast
untuk anak-anak dan suami. Sangat handal dalam memasak, selalu bawak makanan
untuk aku dan kawan aku sebab kami tggl umah bujang. Dia layan kami pelajar
praktikal ini sangat baik, dikala cikgu senior lain sangat ‘kerekkk’. Dia buat
aku rasa, one day dalam hidup aku nak jadi macam dia…seimbang antara kerjaya
dan keluarga, dalam diam sebenarnya aku jadikan dia idola dalam hidup. Aku dah
lost contact sejak habis praktikal, tapi ingatan aku terhadap dia sangat kuat.
2. Azirah Ariffin
First time aku
jumpa dia ketika registration satu soft skill training dekat Genting Highland.
Program untuk graduan menganggur dan aku memang penganggur terhebat pada ketika
tue. Time register mata aku asyik ternampak dia, tapi aku nampak dia macam
sombong. Cantik, bergaya dan nampak bijak. Asyik speaking London ja, buat aku
yg budak TESL nie rasa terhina. Rasa cam English aku punya kampung, dia punya
English tudiaaaaaaaaaa meletoppppppp. Ditakdirkan Allah, aku ditempatkan satu
rumah dengan dia dan kemudiannya satu group plak. Kemudian dipertemukan dalam
satu geng debate. Selanjutnya terus jadi rapat yang amat sangat. Yang ajaibnya
tempuh training nie hanya 2 bulan. Tetapi sepanjang dua bulan dengan dia, dia
buat aku rasa kecik sangat. Dia graduated from UK, tapi dia sangat menjaga
solat dan sentiasa mengaji al quran. Manusia yang sangat positif dan sentiasa
gigih membaiki diri. Sampai satu saat, dia buat aku rasa. Ya allah baiknya dia.
Aku pun nak jadi baik macam dia. Sampai skg walaupun dia dah kahwin, then
sambung master lagi dkt UK. Hubungan kami amat baik.berhubung mlalui facebook
dan messager. Semoga dia terus berada dalam hidup aku.

3. DR Lee Sheun Chun & DR Paramjit Kaur
Dua org senior lecturers
yang aku kenal zaman postgraduate di UUM dalam tempuh 4 bulan sahaja yang buat
aku realize something. Sesungguhnya, agama bukan penghalang untuk seseorang
untuk menjadi manusia yang sangat baik. Kedua-duanya non-muslim yang bagi aku
pegangan hidup dan amanah mereka dalam berkerja lebih hebat dari orang muslim
yang mengenal halal dan haram. Menjadi seorang yang baik bukan hanya
semata-mata disebabkan agama yang dianuti, tetapi menjadi baik adalah pilihan
yang dipilih oleh setiap orang. Adalah salah apabila menyalahkan didikan agama
sebagai penyebab sesuatu perkara buruk, sebab depa berdua tunjukkan dekat aku.
Hidup sentiasa atas pilihan kita, dan jangan pernah memandang rendah atau
menilai seseorang dari segi luaran. Orang yang kita pandang sebelah mata, yang
kita sentiasa kata dia tak baik. Mungkin sebenarnya adalah manusia yang jauh
lebih baik dari diri kita. It just that mereka bukan golongan yang show off
atau pukul canang atas segala kebaikan, kelebihan atau ilmu yang depa ada. Dua
orang manusia ini berjaya buat aku menjadi manusia yang tolerance terhadap
kebaikan dan keburukan orang lain. Yap aku masih mengata or mengutuk, but I will
never say
something bad or might offend that person in front of their face.