Thursday, January 21, 2016

REMARKABLE PEOPLE IN MY LIFE

Now when I am 28 years old..
I suddenly realize that some people that just pass by my life for a very short period of times actually left a big impact toward myself…
How their personality, perspective of life have bring different dimension in my personal life.

1.       Cikgu Azizah
Hanya mengenali cikgu azizah ini dalam tempoh 4 bulan ketika praktikal di sek keb seri kundang,rawang. Cikgu Bahasa melayu yang baik hati, lemah lembut dan penuh sifat keibuan yang berjaya membuatkan aku rasa bidang pendidikan sebenarnya apa yang aku perlukan dalam hidup. Sejujurnya, aku selalu rasa salah bidang pengajian dan keluh kesah untuk menjadi pendidik. Tetapi cikgu azizah nie buat aku rasa, aku nak jadi cikgu. Aku admire sangat dia sebab dia bagi aku berjaya bahagikan masa antara kerja dan keluarga. Tiap pagi dia akan siapkan breakfast untuk anak-anak dan suami. Sangat handal dalam memasak, selalu bawak makanan untuk aku dan kawan aku sebab kami tggl umah bujang. Dia layan kami pelajar praktikal ini sangat baik, dikala cikgu senior lain sangat ‘kerekkk’. Dia buat aku rasa, one day dalam hidup aku nak jadi macam dia…seimbang antara kerjaya dan keluarga, dalam diam sebenarnya aku jadikan dia idola dalam hidup. Aku dah lost contact sejak habis praktikal, tapi ingatan aku terhadap dia sangat kuat.


2.       Azirah Ariffin
First time aku jumpa dia ketika registration satu soft skill training dekat Genting Highland. Program untuk graduan menganggur dan aku memang penganggur terhebat pada ketika tue. Time register mata aku asyik ternampak dia, tapi aku nampak dia macam sombong. Cantik, bergaya dan nampak bijak. Asyik speaking London ja, buat aku yg budak TESL nie rasa terhina. Rasa cam English aku punya kampung, dia punya English tudiaaaaaaaaaa meletoppppppp. Ditakdirkan Allah, aku ditempatkan satu rumah dengan dia dan kemudiannya satu group plak. Kemudian dipertemukan dalam satu geng debate. Selanjutnya terus jadi rapat yang amat sangat. Yang ajaibnya tempuh training nie hanya 2 bulan. Tetapi sepanjang dua bulan dengan dia, dia buat aku rasa kecik sangat. Dia graduated from UK, tapi dia sangat menjaga solat dan sentiasa mengaji al quran. Manusia yang sangat positif dan sentiasa gigih membaiki diri. Sampai satu saat, dia buat aku rasa. Ya allah baiknya dia. Aku pun nak jadi baik macam dia. Sampai skg walaupun dia dah kahwin, then sambung master lagi dkt UK. Hubungan kami amat baik.berhubung mlalui facebook dan messager. Semoga dia terus berada dalam hidup aku.

3.       DR Lee Sheun Chun & DR Paramjit Kaur

Dua org senior lecturers yang aku kenal zaman postgraduate di UUM dalam tempuh 4 bulan sahaja yang buat aku realize something. Sesungguhnya, agama bukan penghalang untuk seseorang untuk menjadi manusia yang sangat baik. Kedua-duanya non-muslim yang bagi aku pegangan hidup dan amanah mereka dalam berkerja lebih hebat dari orang muslim yang mengenal halal dan haram. Menjadi seorang yang baik bukan hanya semata-mata disebabkan agama yang dianuti, tetapi menjadi baik adalah pilihan yang dipilih oleh setiap orang. Adalah salah apabila menyalahkan didikan agama sebagai penyebab sesuatu perkara buruk, sebab depa berdua tunjukkan dekat aku. Hidup sentiasa atas pilihan kita, dan jangan pernah memandang rendah atau menilai seseorang dari segi luaran. Orang yang kita pandang sebelah mata, yang kita sentiasa kata dia tak baik. Mungkin sebenarnya adalah manusia yang jauh lebih baik dari diri kita. It just that mereka bukan golongan yang show off atau pukul canang atas segala kebaikan, kelebihan atau ilmu yang depa ada. Dua orang manusia ini berjaya buat aku menjadi manusia yang tolerance terhadap kebaikan dan keburukan orang lain. Yap aku masih mengata or mengutuk, but I will never say

something bad or might offend that person in front of their face.

No comments:

Post a Comment