Wednesday, September 28, 2011

GEMS : Interview


salam..

Aku tahu mesti bila GEMS untuk Batch 6 start panggil interview akan ramai yang try google apakah soalan yang akan ditanya oleh para penemuduga..hehe..sebab aku pun dulu google tahap maut tapi tak jumpa yang lengkap.

First sekali, sila berpakaian formal yang lengkap..engkau nak minta orang ambik engkau training tapi engkau pakai macam nak berpicnic memang la tak ada yang hendak ambil engkau hehe..biar la formal tahap nampak nerb pun, at least orang yang temuduga rasa engkau memang berdisplin dan bersunguh-sungguh.

Second, sila bawak segala resume, sijil-sijil fotostat dan original yang seperti dipesan dalam emel pihak gems. Nanti sampai tempat interview akan ada borang yang perlu diisi..so bawak la pen sebatang dua yea.

Ok sekarang interview. Aku kena interview dekat Pearl View Hotel, Penang. Dalam meeting room tue, dia orang dah bahagi para penemuduga ini .tak salah aku dalam bilik aku ada 6 penemuduga kot, aku tak sure sangat. Setiap penemuduga akan dapat 2-3 candidate. So interview session akan berjalan secara serentak secara berkumpulan.

Soalan-soalannya..hmmm soalan dia hanyalah

  • Personal background kita. Contoh education, siblings,berapa lama cari kerja,asal mana, ambil kos apa.
  • soalan personal background. Interviewer lebih kepada mengajak kita bersembang sama-sama dengan dia. Harus diingat bersembang yea. So kena la bagi respond kepada setiap soalan Cuma dalam keadaan yang lebih santai la...
  • explain apa sebenarnya GEMS ini, elaun yang kita dapat, module yang akan kita go thru sepanjang training, kemukinan untuk dihantar ke centre yang jauh, kemungkinan untuk praktikal ditempat yang jauh, kemungkinan untuk kita hidup merempat dan kebuluran kita praktikal hehe..senang cakap segala kemungkinan yang akan membuatkan kita berfikir sangguhp atau tak sanggup. Macam aku memang aku cakap sanggup saja kepada semua benda. So patut di campak aku dekat genting yang jauh berbatu-batu dari kedah hehehe

· ok itu aja la yang ditanya. Senang cakap tak payah la risau sebab para interviewer sangat baik. Kakak-kakak interviewer semua cantik-cantik, lemah lembut and sweet-sweet belaka. Kira aura nak sesak nafas ketika interview sangat la rendah hehe…

O

Thursday, September 22, 2011

GEMS



aku terpilih masuk GEMS batch 5 dekat Genting View Resort kena daftar 9 october nie.
so kiranya untuk 2 bulan ini aku akan berkampung jadi warga Genting la.
tak tahu nak happy atau nak sedih?
sebab aku bajet dapat dekat harvard suasana golf club dekat sg petani ja tsk tsk

apa itu GEMS?
GEMS stand for Graduate Employability Management Scheme dikendalikan oleh Khazanah Nasional Berhad

terbahagi pada 2 part:

part 1: selama 2 months diajar segala module yang melibatkan soft skills,elaun diberikan, makanan dan tempat tinggal diberikan.

part 2: on job training selama 6 bulan di company GLC, elaun diberikan tetapi makanan dan tempat tinggal tak disediakan. so parah jugak aku rasa nak survive dengan elaun tue nanti.

habis OJT ada peserta yang terus diserap masuk, dan ada jugak peserta yang cari kerja lain. depend pada situation la. kalau ada rezeki ada kekosongan dekat tempat praktikal memang diserap masuk selalunya.




Friday, September 16, 2011

Tahujud Cinta

Salam..


mulanya aku menonton TAHAJUD CINTA ini

semata-mata sebab aku peminat NUR FAZURA since zaman gol & gincu

tapi lama-lama semakin cerita berkembang

boyfriend seri mati - pastu seri & citra balik malaysia-seri kena paksa kerja dengan ustaz shauki

aku rasa cerita ini actually hendak mendidik masyarakat

jangan terlalu taksub dengan orang alim yang memutar-belitkan ajaran islam dan al-quran dengan kefahaman sendiri

sangat menyampah dengan watak ustaz shauki


sangat kesian dengan seri yang hanya menurut perintah keluarga sebab takut dengan perkataan anak derhaka

sangat suka dengan watak citra yang tegas dan berani

sangat suka dengan para pelakon yang outstanding
tiz zakyah, aoron aziz, remy ishak, azizah mahzan, etc

sangat suka dengan lagu tema yang sangat sedap


kesimpulannya aku rasa, cerita TAHAJUD CINTA nie memamg tak rugi kita tonton!!






Design rumah + manusia =GLOBAL WARMING

salam..

Mari kita layan pictures dekat bawah ini dulu

1...


2..

3..

Adakah orang yang tidak suka design rumah macam ini

Secara basicnya, aku rasa semua orang suka rumah-rumah dalam gambar itu..

Ini la design rumah-rumah yang paling in sekarang ini..

Tapi actually ada somethings yang tidak kena dengan design rumah ini

Sebab tiap kali aku renung rumah-rumah ini,

Aku mesti terpaksa kecikkan mata,

rasa silau dan ngilu mata

terutama ketika matahari tengah terpacak atas kepala..

Rupanya, inilah kesan rumah kaca yang selalu aku baca dalam buku sains ketika zaman sekolah

macam mana kesan rumah ini terhasil..

ini jawapannya

so cuba bayangkan,
kalau dulu dekat malaysia ini..

hanya bangunan pencakar langit, pejabat-pejabat besar, dan bangunan-bangunan besar yang suka design guna cermin bagai ini..

sekarang ini rumah pun dah banyak guna design cermin-cermin yang keterlaluan ini..

so kitalah jawapan kepada global warming yang seluruh dunia duduk kecoh-kecoh itu..
renung-renungkan...