Wednesday, September 7, 2011

Ibubapa


Aku sangat anti dengan ibubapa yang terlalu suka menyerang+menyalak+menyalah para guru di sekolah secara melulu apabila berlaku sebarang accident yang melibatkan anak masing-masing disekolah

Usahlah kamu wahai ibubapa mahu berlagak sempurna dan serba tahu

Sekiranya dirumah masing-masing gagal mengawal dan mendidik

Anak yang dikendong selama 9 bulan 10 hari

Umpama hanya tahu beranak tapi tidak tahu mendidik………..

Walaupun hanya mempunyai anak antara 3-7 orang anak

Masih gagal menerapkan nilai-nilai sepatutnya..

Dibandingkan

dengan guru yang perlu mengawasi a 36-40 pelajar dalam 1 kelas

Ya guru dibayar gaji oleh kerajaan

Tapi guru tidak dibayar gaji oleh para ibubapa

untuk menyelesai masalah salahlaku anak-anak

yang gagal dididik oleh ibubapa dirumah

Salahlaku anak-anak, sikap pemalas, biadap diusia terlalu muda

semuanya hasil didikan ibubapa sejak usia sehari

sehinggalah kanak-kanak mengenal zaman persekolahan

Jadi mengapa harus dituding jari pada pihak lain

Sekiranya pihak ibubapa yang gagal dalam mendidik anak

Usah melahirkan anak sekiranny hanya tahu beranak

Lahirkan, besarkan dan didik dengan sempurna

Anak adalah cermin sikap dan didikan ibubapa

Tiada guna sekiranya ibubapa tinggi ilmu ugama

Tetapi anak bersikap seperti sampah masyarakat

Kepimpinanan bermula dari rumah

No comments:

Post a Comment