Wednesday, September 28, 2011

GEMS : Interview


salam..

Aku tahu mesti bila GEMS untuk Batch 6 start panggil interview akan ramai yang try google apakah soalan yang akan ditanya oleh para penemuduga..hehe..sebab aku pun dulu google tahap maut tapi tak jumpa yang lengkap.

First sekali, sila berpakaian formal yang lengkap..engkau nak minta orang ambik engkau training tapi engkau pakai macam nak berpicnic memang la tak ada yang hendak ambil engkau hehe..biar la formal tahap nampak nerb pun, at least orang yang temuduga rasa engkau memang berdisplin dan bersunguh-sungguh.

Second, sila bawak segala resume, sijil-sijil fotostat dan original yang seperti dipesan dalam emel pihak gems. Nanti sampai tempat interview akan ada borang yang perlu diisi..so bawak la pen sebatang dua yea.

Ok sekarang interview. Aku kena interview dekat Pearl View Hotel, Penang. Dalam meeting room tue, dia orang dah bahagi para penemuduga ini .tak salah aku dalam bilik aku ada 6 penemuduga kot, aku tak sure sangat. Setiap penemuduga akan dapat 2-3 candidate. So interview session akan berjalan secara serentak secara berkumpulan.

Soalan-soalannya..hmmm soalan dia hanyalah

  • Personal background kita. Contoh education, siblings,berapa lama cari kerja,asal mana, ambil kos apa.
  • soalan personal background. Interviewer lebih kepada mengajak kita bersembang sama-sama dengan dia. Harus diingat bersembang yea. So kena la bagi respond kepada setiap soalan Cuma dalam keadaan yang lebih santai la...
  • explain apa sebenarnya GEMS ini, elaun yang kita dapat, module yang akan kita go thru sepanjang training, kemukinan untuk dihantar ke centre yang jauh, kemungkinan untuk praktikal ditempat yang jauh, kemungkinan untuk kita hidup merempat dan kebuluran kita praktikal hehe..senang cakap segala kemungkinan yang akan membuatkan kita berfikir sangguhp atau tak sanggup. Macam aku memang aku cakap sanggup saja kepada semua benda. So patut di campak aku dekat genting yang jauh berbatu-batu dari kedah hehehe

· ok itu aja la yang ditanya. Senang cakap tak payah la risau sebab para interviewer sangat baik. Kakak-kakak interviewer semua cantik-cantik, lemah lembut and sweet-sweet belaka. Kira aura nak sesak nafas ketika interview sangat la rendah hehe…

O

No comments:

Post a Comment