Monday, October 3, 2016

Road Trip to Krabi -Part 2

Salam....

Part 2 Road Trip to Krabi nie more on aku punya perception or opinion during this journey..


1) Internet converage yang sangat cemerlang - after segala urusan cop passport dkt bukit kayu hitam, di border tue jugak abg ipar aku beli simcard dalam picture nie...sbb perjalanan kami mmg bergantung harap dengan waze yang memerlukan internet untuk menunjukkan arah ke Krabi... yang buat aku terpegun, even dalam hutan belantara, speed internet tetap laju dan 3G, kalau line internet dkt malaysia mau ler macam siputsedut, tapi internet di Thailand nie lain mcm punya laju...Even dkt hotel menginap, wifi yang disediakan sangat tiptop lajunya, setiap kedai makan,spa etc memang menyediakan perkhimatan internet free yang laju kepada customers...So in this aspect aku mmg bagi THUMBUP dkt kerajaan Thailand...CEMERLANG





2) Jalanraya- sepanjang perjalanan kami nie menggunakan highway tanpa tol, pemandu Thai boleh dikategorikan sebagai sangat laju dan cekap...sepanjang dekat Thailand, sangat jarang aku dengar driver bunyikan Hon kereta...kalau dekat indonesia rasa bernanah telinga naik binggit dengan bunyi hon yang tidak berkesudahan..In term of kemudahan highway memang ler jauh ketinggalan dari negara kita, tapi bila diconsider pengunaan tanpa bayaran aku rasa masih ditahapo cemerlang jugak...pengunaan jalanraya kira free macam dekat terenganu/kelantan. kualiti jalan tak sebaik Highway Plus ler tapi tidak ler jugak berlubang or tidak rata...


3) TENAGA BURUH - Waktu dalam perjalanan, banyak ler peniaga jual bunga kalung di sepanjang jalan, but aku realize something. yang menjual semuanya orang dewasa bukan kanak-kanak bawah umor. Pejual sangat behave hanya jalan tanpa memaksa penumpang kereta membeli.. kalau dekat indonesia dan India, penjual akan ketuk tingkap kereta, ini tak dia jalan aja, kalau kita nak gamit panggil ja dia...sepanjang pecutian nie, aku memang tak nampak penggunaan tenaga buruh bawah umor, confuse plak sebab Thailand selalu byk isu negative pasai tenaga buruh nie....




4) PEMBERIAN TIP/TIPBOX - Ini adalah part yang aku sangat tidak suka di Thailand. bermula dari urusan cop passport dkt Imigeresen yang perlu selit RM2(walaupun xbyk), dan sepanjang perjalanan dan percutian aku memang membara tengok senario tip nie...dekat mana-mana mesti ada tipbox, aku rasa budaya tip ini yang menyebabkan rasuah menjadi-jadi kot..ya negara aku sendiri pun corrupt tapi at least jangan tunjuk kekurapan tue secara terang-terangan..bila kita refuse bagi tips, dia mula ler buat drama untuk charge apa yang tak patut dalam bil...ini sungguh tidak baik wahai masyarakat Thai...

Sekian laporan aku untuk Trip ke Krabi nie....

No comments:

Post a Comment