salam...
lately semangat menjelajah negeri kelahiran sendiri..
perlu diakui walaupun aku memang claim sebagai anak jati kedah..
pengetahuan pasal negeri sangat kurang sobsobsob..
so sempena sempena semangat tahun melawat kedah [aku yg lancarkan sendiri] wakakaka
aku telah buat melakukan berberapa siri jelajah yang disertai dua rakyat kelatan dalam setiap penerokaan..
kira sambil berenang menyelam air la jugak kehkeh
so mek-mek kelate leh kenal negeri kesayangan aku nie lebih skit huahuahua
siri pertama ini meliputi lawatan ke GUNUNG KERIANG dan MUZIUM PADI, ALOR STAR
GUNUNG KERIANG
Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts (Metcalfe, I., 1981a) di barat laut Semenanjung Malaysia.
Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.
Kamal et. al (anggaran Mac'09) mengelaskan sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi[wikipedia]
| ini pictures dekat GUNUNG KERIANG...kawasan ini merupakan kawasan rekreasi, ada trek untuk mendaki gunung...pastu ada lanskap macam taman, terkenal sebagai tempat yang menjuai batuan kristal |
MUZIUM PADI, ALOR STAR
Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.
Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak. Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.[http://www.muziumkedah.gov.my]
| dkt luar muzium padi |
| cop beras JATI tue yg mahal ehhh hehehe |
| dkt tangga mask muzium padi |
| nampak tak bumbung muzium yang bercorak padi tue..sgt unik k |
ini dkt landskap bahagian luar...byk la binatang...ada singa, kerbau dan sewaktu dgnnya... hehe
sekian dulu siri penjelajahan siri satu TAHUN MELAWAT KEDAH..hehehe
No comments:
Post a Comment