Salam.
Sebenarnya dah tiga
bulan aku berkerja ditempat kerja baru,
1 july 2013 aku lapor
diri di tempat baru ini,
Kenapa aku bertukar
kerja?
Terlalu banyak cerita
duka
dari suka ditempat lama
Dan cara pengakhiran
aku dekat sana bagi aku ‘satu perhinaan dan penganayian’
jugak
Jangan salahkan aku
kalau aku mungkin antara beratus-ratus orang yang pernah buat solat hajat
supaya Allah beri pengajaran pada manusia-manusia ini,
Tapi rezeki Allah,
tiada siapa duga..
‘Penghinaan dan penganayian’
itulah yang aku membawa aku ke tempat sekarang
Alhamdullilah pada
rezeki yang Allah
Ditempat kerja baru,
Aku lebih dilayan
seperti manusia yang beremosi dan berakal,
Timbunan kerja
disertai gaji lumayan yang tepat pada waktu,
Kerja dihari cuti
dijanjikan claim perjalanan dan cuti,
bidang pendidikan
yang lebih
telus dan amanah tiada lagi ‘perdagangkan pendidikan’ semata-mata demi
wang,
‘KPI dan penyambungan kontrak ‘berdasarkan
prestasi bukan lagi berdasarkan ‘pendek akal’ tuan presiden yang kononnya
kaya-raya,
‘Tiada morning meeting tiap pagi’
yang hanya sekadar boneka tanpa jalan penyelesaian masalah,
Lambakan kursus diberikan
pada para pekerja untuk meningkatkan prestasi diri dan syarikat,
Pekerja diberikan galakan
menyambung pelajaran tanpa sebarang ikatan dengan syarikat,
Bilik staff dan kelas
disediakan penghawa dingin,
Tiap kelas disediakan
LCD dan OHP,
Para boss yang bukan
hanya memberi arahan dan teguran semata-mata; sebaliknya menunjukan teladan
yang baik dan betul sebelum membetulkan para pekerja…
Kesimpulannya:
Aku sangat selesa dan
bahagia ditempat kerja baru,
Stress dan bebanan
kerja adalah sesuatu benda yang tidak dapat dipisahkan,
Tetapi ‘internal
motivation’ yang aku senaraikan diatas menyebabkan aku bersyukur atas nikmat
yang, ALLAH bagi,
Ya aku manusia biasa
yang kuat merunggut tetapi sesungguhnya rungutan aku hanyalah dimulut bukan
lagi dihati,
Dihati aku sentiasa
bersyuku , berbahagia, bangga bukan riak
atas rezeki yang Allah beri ini..
Sekian…
No comments:
Post a Comment