salam
gajah didepan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak
Paku dulang paku serpih, mangata orang dia yang lebih
Bagai mengajar anak ketam bejalan
Terlajak perahu boleh diundur terlajak bahasa binasa
So wahai pembaca dan rakan-rakan sekalian, apa yang dapat anda paham dari peribahasa dan simpulan bahasa di atas?
Maksudnya semua menjurus kepada satu..manusia yang pandai bercakap tentang hal orang, sikap dan peribadi orang lain
sehingga tidak sedar bahawa sikap dan peribadi beliau tiada tolak bandingnya dengan orang-orang yang beliau ceritakan…
sikap beliau kadangkala melebihi orang yang beliau ceritakan..
dan insan tersebut cuba mengajar orang lain tetapi sikap sendiri tidak betul.
insan-insan ini bila berkata-kata umpama diri masing-masing terlalu sempurna
mungkin mereka-mereka ini menganggap orang lain tidak ingat dan tahu tentang sejarah silam mereka
kadang-kadang orang lain beralah bukan kerana mereka kalah tetapi kerana mereka tidak mahu tergolong sebagai manusia yang hanya pandai berkata-kata..
percaya bila kita terlalu pandai menuding satu jari kearah orang, tiga jari lain akan menuding ke arah kita
jadi hentikanlah sikap-sikap dan ayat-ayat yang menunjukan diri anda seorang yang bagus dan sempurna..
No comments:
Post a Comment