Saturday, July 23, 2011

PTPTN



DEAR PTPTN,

Aku sedih mengenangkan nasib diri engkau,

Yang sering dicerca setelah duit habis digunakan,

Dulu ketika kau memberi,

Bukan main engkau dipuja-puja oleh tangan yang menerima,

Sekarang setelah habis madu sepah dibuang,

Hehehe :) ..

Sapa dekat sini mengambil pinjaman dari PTPTN,

sila angkat kaki dan tangan,

Lately banyak sangat keluh kesah dari rakan-rakan terdekat,

yang mula bising tentang jumlah yang perlu dibayar tiap-tiap bulan,

tentang jumlah yang makin bertambah,

bukan semakin berkurang,

bagi yang tak berkerja lagi memang boleh dimaafkan,

Tapi bagi yang dah berkerja,

dah mampu guna duit gaji pergi berjalan sana sini,

yang dah mampu guna duit gaji beli barang-barang branded,

yang guna duit gaji untuk kahwin.

AKU MEMANG MENYAMPAH MENDENGAR BEBELAN ANDA SEKALIAN

nape nak bising sekarang?

sedangkan dari time nak sign agreement dah sedia maklum interest 3%,

nape lepas duit semua dah telan & joli sana sini,

baru nak menyesal,

banyak cantik muka korunk

duit dah habis guna

sekarang bising pulak nak bayar!


No comments:

Post a Comment