Tuesday, November 24, 2015

Deco Cafe Alor Star

salam..

Review ini dibuat setelah 4 kali lawatan aku dekat kedai nie, bagi aku dengan sekali dtng pastu nak kata cafe nie bagus or tak adalah tidak adil. Review yang aku jumpa pasai kedai ini before first visit tak memberangsang sangat pun.

First time- weekend ari sabtu selepas raya haji, time nie kedai memang crowded sgt. service cepat dan paling aku suka pekerja dia cepat bersihkan meja...aku tak tau apa pangkat sorg mamat tp aku assume dia boss dr gaya dan baju dia, sgt ringgan tulang utk ambik order dan bersih meja, which bagi aku sangat bagus[thumb up]time lawatan first nie aku just minum ja..lepak dengan kawan dlm sejam.

Second time- lepak dgn opismate. dtg lepas office hours. mmg makan full set. service tetap cepat, makanan dia punya rasa ok, decoration makanan tiptop. environment kedai sgt conducive. perkerja sangat friendly dan pantas utk entertain customers.

Third time - lepak hujung minggu dgn kawan dari perlis. time nie pun makan full set. siap lepak dalam 4 jam. pekerja sangat bagus, tak ada  nak halau balik tak bagi lepak lama ka apa (tapi memang order makanan byk)

Fourth time - lepak time lunch hour dengan officemat. makan full set jgk. seperti biasa makanan dan service tak mengecewakan langsung.



CHICKEN CHOP -Portion makanan besar sgt. ayam tue ada dua ketul (atas ayam,tgh fries, bawah ayam balik),decoration dia tgk lagu mana.

CHICKEN GRILL - time sampai kata alaa kecik nya. sekali start makan omg kenyangnya...atas ada chicken grill, bawah ada mashed potatoes & brown sauce.

kek yang seksi ini namanya NOTELA CAKE. sedap tak terkata.

LAVA CAKE-  dkt display cake tue macam biasa aja, bila ngapppp..adussss lazat sekali

NACHOS apa tah nama dia...ini pun time sampai, mcm cukup ka erk..sekali makan sambil baring sebab kenyang sangat huhuhuhu

CARAMEL MACCHIATO - terangkat jugak coffee dia. tapi most da time bila makan , aku pilih air masak aja. sebab bila air macam ini aku punya kenyang tak terjangkau oleh perut aku huhuhu


CONCLUSIONS:
- bila kedai tue aku pergi secara berkali-kali, kiranya aku SUKA ler kedai tue. If bercakap tentang taste of the foods, aku memang bukan org yang cerewet so as long benda tue tak sangat pelik, bagi aku SEDAP.
- Bila aku ke kedai yang sama berkali-kali dan aku bawak kawan lain untuk try, itu bermaksud aku sangat SELESA dengan kedai itu. selesa aku dari segi ENVIRONMENT kedai, FRIENDLY punya staff, SERVICE dia cepat(bukan makanan aja cepat sampai tapi kemas meja juga cepat), dan HARGA berpatutan.
- so, aku memang recommend those interested untuk try makan dekat cafe ini. pastu lepas dah makan hangpa komen dekat sini, adakah benar apa yang aku kata atau dusta belaka.

 Ariosss. Salam.








No comments:

Post a Comment